Tuesday, January 31, 2012

Kehendak ;)




Err Assalamualaikum aku nak cerita pasal Ahad Lepas.Ahad Lepas aku pegi Ceramah Ustaz Azhar Idrus Kat Shah Alam Selepas Berhempas Pulas Gaduh dengan Ayah.Haha dia Kalah dan bawak Jugak aku Pergi.Ceramah dia best gila kot orang ramai Gila 30 ribu orang?tak ke banyak tu?Tapi sayang sekali aku tak dapat tengok dia depan2 aku dah cuba duduk depan tapi dapat belah tepi jee brrr

Ceramah dia best gila Orang semua suka Lelaki perempuan Tua muda Budak kecik semua ada.
Aku amik bahagian Kehendak Allah eh?Okay Setiap pekara yang terjadi bah akan terjadi Ada lah Kerana Allah.Ia berlaku tepat pada Masanya
SETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi bahkan yang akan terjadi adalah dari kehendak Allah

Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi, di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi Di alam Akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat, alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Allah pada azali lagi

Ia berlaku tepat pada....

masanya, tepat pada tempatnya, tepat pada keperluan makhluk-Nya, tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya Bersetentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya, pendengaran-Nya, penglihatan-Nya

Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, berlaku dengan kehendak Allah, bukan pula Allah menimbang-nimbang Maha Suci Allah daripada menimbang-nimbang, kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia


Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Allah, berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya pada azali lagi Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali

Dengan kehendak Allah setiap benda yang terjadi bukan dengan pertimbangan semasa, Maha Suci Allah Kerana Allah sudah sedia tahu setiap masa makhluk-Nya Ia terjadi adalah berdasarkan kehendak Allah pada azali lagi sesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-Nya


Dengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan, pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula Kalau kehendak Allah ada bermula, sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya

Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-Nya Kehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain, tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-Nya Sifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula Kalau begitu, satu sifat Allah sahaja kita faham, betapa hebatnya

Sungguh Maha Besar, Maha Agung,
Maha Tinggi, dan Maha Suci
Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu sudah terasa agung-Nya Allah

No comments:

Post a Comment