Saturday, April 7, 2012

I suka i kahwin tak suka I cerai?

1. WAJIB BERKAHWIN: Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.


Zaman sekarang orang kahwin ikut suka jee Sebab tu lah jadi penceraian tak tentu hal

salah sikit 'aku ceraikan kau'tak pun nanti perempuan tu kata 'ceraikan kan jelah saya'sedangkan wanita wanita yang menuntut cerai tanpa sebab adalah munafik.Kepada Kaum lelaki jangan tergesa gesa lafaz kan talak fahami wanita kerana nafsu mereka kenali wanita kerana hati mereka.Ramai wanita penghuni dineraka sebab apa?Salah satu sebabnya ialah sabda rasulullah:Kerana pengingkaran mereka terhadap suami yang baik.Cuba bertolak ansur dalam perhubungan sebagai suami isteri fahami suami anda.Sesuatu yang halal paling diBenci Allah ialah talak.Bukan salah wanita sahaja mungkin kerana Ego seorang lelaki itu menjadikan seorang lelaki itu mudah melafazkan perkataan aku ceraikan kau,Sedangkan kaum Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang berbuat baik terhadap isteri mereka.Bukanlah telah disebut dalam surah Al nisa Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.Zaman sekarang susah nak didik wanita?Berdoa lah dan jangan sesekali putus berdoa dan berdoa.Soul mates are people who bring out the best in you.They are not perfect but always perfect for you.Adalah plak wujud lagi satu isu?dalam islam tak boleh bercinta sebelum kahwin?macamane nak kenal suami atau bakal isteri?Insyaallah kalau diri tu baik mesti dapat suami isteri yang baik juga."Apabila seseorang itu bernikah,ia telah menyempurnakan sebahagian agamanya.Sebelum nak berkahwin bagi lelaki rasa diri dah betul mampu bersabar betul2 dah beriman kepada allah boleh nak memimpin kahwinlah.Bagi wanita rasa diri tu mampu menyayangi suami mampu patuh kepada arahan suami kahwinlah.Kalau rasa diri belum bersedia janganlah kahwin Nak elakkan penceraian yang semakin berleluasa,bawak berbincang tenang fikiran semula kenapa berlaku salah faham,jangan terburu buru buat keputusan Paling penting jangan ada syak wasangka terhadapa suami Percaya lah Yakinlah kepada suami anda.akhir kata dari saya keputusan di tangan.Bernikah lah kerana allah dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kepada allah,agar hubungan menjadi lebih barakah dan sampai ke jannah amin ya rabbul A'lamin;)



P/s:Jiwa berkata otak menyuruh tangan Menaip.

No comments:

Post a Comment