Friday, May 25, 2012

Haaa Cinta lagi ?


Apabila isu cinta dibahaskan ada yang seronok bercinta ada kecewa apabila bercinta.
Cinta itu Fitrah yang telah memang ada di dalam Manusia Cinta kepada manusia cinta kepada adik beradik kawan kawan Cinta antara lelaki dan perempuan.Yang Menjadi Masalah Pada Zaman ini Cinta Itu melebihi batasnya tidak berlandaskan Syariat agama lelaki ajnabi bergaul dengan perempuan bukan muhrim nya.Bila bertaut nya Cinta berlandaskan Nafsu kerana kepentingan masing maka bermula lah babak keluar makan bersama,saling merindui Sehari tak jumpa bagaikan setahun tidak jumpa Allahu rabbi manusia manusia Bangkit lah ! buka lah mata kamu dengarkanlah telinga kamu tentang kekuasan ALLAH.Perempuan dan lelaki bercinta zaman sekarang telah hilang rasa Malu Kerana Mereka Lupa ALLAH melihat segala perbuatan mereka lakukan.Cinta yang berlandaskan Nafsu inilah yang menjadi ikutan pada masa kini.Cinta cara islam sangatlah mudah berdoa lah demi doa kerana allah itu maha mendengar Jikalau itulah jodoh kita semestinya allah satukan jika kalau tidak,ALLAH lagi maha mengetahui dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita Memang semua manusia tak sempurna Tapi berfikirlah sejenak Apa yang Telah kita lakukan sebagai Manusia Allah cipta kan kita Apa yang pegorbanan yang telah kita lakukan untuk ALLAH?dalam hadis ada menceritakan seorang lelaki berpisah kerana ALLAH maka meraka akan dapat perlindungan arasy ALLAH dipadang masyhar dimana orang mengharapkan sangat perlindungan sejengkal matahari daripada kepala.Cinta berlandaskan Nafsu memang akan berjaya sehingga ke perkahwinan tapi cinta itu akan Mati apabila muka dah tak cantik tak hensem tak romantik tak berduit tak tak dan macam macam lagi.Inikah yang kita nama cinta sejati?Saya sangat menekankan Supaya berdoa kerana doa itu senjata Mukmin.


Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.Jika hendak Hitungkan Nikmat yang Allah beri tidak terhitung oleh manusia Subhanallah.Rabiatul Adawiyah adalah seorang wanita Yang penuh kan Cinta dia Terhadap ALLAH dan hati nya tidak dimiliki oleh sesiapa kerana Telah dipenuhi Oleh ALLAH beliau tidak berkahwin sehingga beliau meninggal,allakhuakbar!

P/s:Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”


kita manusia memang tak sempurna termasuklah diri saya yang menulis kita kena Cari Jalan allah.Bagaimana Seseorang itu hendak jumpa harta tanpa peta Begitulah hidup Gunakan Alquran dan Sunnah rasulullah sebagai panduan nescayanya takkan sesat sampai hari kiamat Teruskan perjuangan walaupun dicaci dimaki ditinggalkan keseorangan kerana tegakkan AGAMA ALLAH !insyaallah supaya kita semua dijauhkan daripada azab api neraka seksa kubur dan dibangkit bersama orang yang beriman pada hari kiamat Assalamualaikum.


-Abdul majid-

No comments:

Post a Comment