Thursday, May 30, 2013

Harapan + Manusia + Tuhan + Aku + Dosa + Pahala.



Assalamualaikum Manusia apa khabar harap semuanya berada di dalam keadaan baik,Harap Iman makin bertambah,Amal makin banyak syurga menanti Neraka di lupakan Bagi Malaikat kanan banyak kerja malaikat kiri biarkan rehat sudah cukuplah tu bagi malaikat kiri penat dia menulis pasal kita.Harapan apa itu Harapan?Ibu bagi harapan kat anak sebuah nyawa setelah mengandung 9 bulan,dan harapan itu menjadi kenyataan.Seorang Suami berjanji untuk menanggung dosa isterinya dan dia akan menanggungnya sejurus sahaja dia melafazkan kalimah keramat aku terima nikahnya.Cikgu janji nak bagi A kalau belaja betul2 dan budak2 tak belaja pun betul2 harapan tak menjadi kenyataan.Dalam Hidup nie berapa ramai manusia menaruh harapan antara satu sama lain?Berapa ramai yang berjaya menyelamatkan harapan itu?Itu Harapan Manusia.


Tapi Ada satu harapan Harapan yang dahsyat yang paling extraordinary iaitu harapan manusia yang dia letak pada Tuhan,Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba dia,Tuhan tidak Pernah memungkiri janji dia,Neraka ada 7 Syurga ada 7.Tiap tiap pagi Sinaran Mentari pasti terkena kat muka dan kau akan bangun dari tidur itu Harapan kau agar esok dapat melihat sang Mentari lagi.Malam Bulan pasti akan keluar menerangi langit yang gelap kiamat pasti akan datang kerana telah tertulis didalam kitab mukjizat ! Pada manusia yang melakukan kebaikanan ada berjuta beribu atau tidak terhitung oleh jari nikmat yg bakal dia perolehi dari Tuhan,dan pada yang melakukan kejahatan beribu dan berjuta atau tidak terhitung oleh akal fikiran kesusahan kesengsaran yang bakal dia hadapi.Tuhan mungkin lambat memberi apa yg dikehendaki oleh manusia tapi adakah manusia terlupa mungkin kamu suka benda tu sedangkan benda tu tak de kebaikanan untuk kamu dan sedangkan kamu tak suka benda tu tapi benda tulah yg akan memberi anda kebaikanan.



Aku siapa?Akulah manusia yang menaruh harapan pada manusia tu aku lah Manusia yang sering tertipu oleh manusia aku terlupa aku terleka oleh kebahagian dunia ini.Tapi pada suatu hari aku terjatuh dan aku lihat semuanya gelap dan aku terdengar suara?Wahai manusia lupakah kamu pada janji kamu?Siapa tuhanmu?Siapa Nabi mu?Apakah kiblatmu ? Apakah Agamamu? Apakah pegangan iktikad mu?Badan terbujur kaku memikirkan jawapan?owh tidak ini bukan ujian didunia Ini Ujian Alam sesudahnya kalau amal tiada jangan bermimpi untuk menjawabnya.Terkejutku dan terbangun dari kegelapan itu ku terdengar dugupan jantung ku melihat sekeliling aku masih bernyawa Tuhan masih memberi aku peluang untuk kembali.Mulai saat itu aku membuang egoku aku menunduk kepadanya aku bersujud dan meletakkan dahi di atas tanahnya.Adakalanya aku berjaya adakalanya aku gagal tapi aku tidak pernah berputus asa aku meletakkan harapan kepadaNya bahawa dia yang Maha pengampun Maha pengasih dia lebih mengenali Hambanya yang lemah yang hina ini,tak kala awan menjadi gelap aku duduk di dalam bilik menitiskan air mata mengenang dosa dosa yang aku lakukan,tetapi aku teringat walaupun dosa aku sebanyak antara bumi dan langit Dia mampu mengampunkannya itu HARAPAN aku.


Manusia yang pandai beragama apa yg dia tahu bukan semua tapi segelintir dia hanya tahu menghukum,dia tidak pernah mengambil tahu siapa orang dia menghukum bagaimana latar belakang keluargannya,tidak semua orang datang dari  keluarga beragama sepertinya,Setiap manusia mempunyai zaman kegelapan masing2 jgn menghina mereka tapi berilah mereka Peluang dan Harapan ! aku juga salah seorang dari Manusia yang berdosa itu.Jangan hanya pandai memberi Amaran belajarlah untuk memberi harapan,berusaha membantunya bukan lari dari masalah.Hope and fear are like pair of wings you have to use both to fly ingat tu.Kita nie manusia jangan menghukum siapa aku ada dosa kau ada dosa.Yang mampu kita buat adalah nasihat menasihati cuba dgn pelbagai cara baru betul,Ketika Rasulullah di hina di caci di maki di lukai beliau tidak mendoakan sebarang keburukan untuk mereka tetapi berdoa agar Allah mengampunkan Mereka.Kita pergi usrah kita pergi dengar ceramah bukan untuk kita sorang untuk semua kita kena selamatkan semua orang,semua orang nak masuk syurga tapi ada yg tak jumpa jalan kita kena tolong dorang.Manusia jadi baik bukan takut kepada tuhan saja tapi dia berharap agar apa kebaikan yg dia lakukan akan di balas oleh Tuhan.Semua manusia tak sempurna sebab ada pensel ada pemadam pen ada liquid paper ingat tu itu je dari aku fikir dulu sebelum menghukum orang selamat Malam.

p/s:Jika Agama gagal menawarkan harapan 
ianya Bukan dari Tuhan.



-Manusia -
-11.41-
-30.5.2013-

No comments:

Post a Comment