Wednesday, February 10, 2016

Kehidupan Yang Akan Berlalu.


Assalamualaikum, tiap kali aku tulis blog aku cakap benda sama lama tak tulis blog.Rindu dekat blog. Memang betul aku rindu gila kot nak menulis , sebab aku memang minat menulis. Sedar tak sedar dah 23 tahun aku hidup atas muka bumi nie sukar,suka,duka,gembira semua aku lalui. Dalam setiap kesulitan Allah mempermudahkan segalanya. Cuba kau tengok diri kau siapa 5 tahun lepas? 10 tahun lepas dan siapa kau sekarang dekat mana Allah letak kau? Hebat kan sebab tu kita kena belajar erti bersyukur, manusia yang sentiasa bersyukur dia akan merasai rasa cukup.
Kehidupan pun berlalu, dulu masa 12 tahun nak mainan, umur 18 tahun nak kebebasan bila capai umur 20 tahun  nak kan sebuah kehidupan. Kehidupan yang bakal berlalu. Selaju angka bergerak semakin besar tanggungjawab di pikul.Sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak sebagai seorang pekerja begitu besar tanggungjawab yang Allah beri kepada kita.

Sebenarnya aku patut post benda nie pada 3/1/2016 tapi sebab kan takde idea nak tulis apa, sedar sedar dah 10/2/2016. Cepat sungguh masa berlalu kan? Cepat lagi manusia berubah hati dan haluan opss.Kalau kau perasan lah kan ramai orang yang cakap akan bersama dengan kau saat susah dan senang telah lama pun meninggalkan kau, atau kau ada janji nak susah senang bersama mereka kau pun lupa. Sebab apa? sebab kita MANUSIA. Kau boleh ingat? atau pun kira berapa ramai manusia yang dah hadir dalam hidup kau? ada yang mengembirakan ada yang menduka citakan tetapi semuanya ada pengajaran.

Ia kehidupan ini bakal berlalu, apa pun terjadi pada hari ini atau pun semalam kehidupan ini tetap akan berlalu, kerana dunia ini adalah tempat persinggahan kau takkan dapat putar kembali masa untuk ke situ. Cuma aku nak ingatkan satu benda je, jangan letakkan keyakinan atas manusia 100% sebab manusia suka pada perhatian,pemberian, keselesaan, pujian, kesenangan, manusia boleh bila bila masa. Ubah yakin tu, yakin kepada Pencipta berapa ratus nak letak pun tak kisah sebab Tuhan takkan kecewakan kau. 

Idea aku macam terbantut sikit untuk menulis sekarang,yelah 1 bulan ada 30 hari. 20 hari aku bekerja 10 hari lagi kadang kadang aku ada kelas. Sorrylah kalau post post aku mengecewakan eh. Minta maaf doakan aku berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, aku doakan benda yang sama untuk korang.


People will let you down in this life,promises will be broken,you should expect less of others and trust more in yourself. (Hussain Anwar)


No comments:

Post a Comment