Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Bring good deeds Aisyah Shakirah ! :)


She always make me Proud towards Thinking about Muslimah ! :)

Ramadhan Tiba Lagi ! :)




Assalamualaikum wahai followers apa khabar semua?harap berada didalam keadaan Sihat dan dirahmati Allah.Ramadhan Tiba lagi tahun ini Alhamdulilah kerana Allah memberi kan masa memberikan waktu untuk kita Menikmati Ramadhan Mengumpul Pahala yang Berlipat Kali ganda !Jadi janganlah kita sia siakan Lapar Dan Dahaga kita dengan Melakukan pekara 2 yang sia sia Seperti:

  • Mata melihat Kemungkaran
  • Lidah Bercakap Pekara Buruk
  • Telinga Mendengar pekara yang melalaikan
  • Hati yang Melakukan Kemaksiatan


Semua nya bergantung kepada niat kita Jika kita benar takut kepada Allah dan Berpuasa kerana Allah maka semuanya akan berjalan lancar.Apa guna nya kita berpuasa tapi kita masih melakukan pekara sia sia?Melakukan Maksiat sedangkan kita berpuasa.

"Berapa ramai orang puasa hanya mendapatkan lapar; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan penat saja." (HR. Ahmad)

Bulan Puasa nie kita Cuba lahh latih diri kita termasuklah saya daripada melakukan pekara yang sia sia ! pekara yang tidak mendapatkan apa 2 keuntungan kepada kita,Elakkan lah sia sia sahaja berlapar dan dahaga tapi tak dapat apa2.

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka !

Antara golongan yang rugi juga adalah:

Berharap Ramadhan tidak tiba dan segera habis
Mereka yang seumpama ini biasanya tidak gembira dengan kedatangan Ramadhan bahkan tidak ada usaha sedikitpun untuk merebut segala kelebihan dan keberkatan di dalamnya. Mereka terkejut dan tidak perasan dengan kedatangan Ramadhan. Golongan inilah yang sangat cepat marah walaupun dengan sebab yang sangat kecil dan tidak mampu menjaga mulutnya daripada perkataan yang tidak baik.
Ini bersalahan dengan amalan para sahabat dan generasi awal Islam. Mereka sangat gembira dan menanti-nanti kedatangan Ramadhan, sentiasa berpuasa pada selain Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh nabi SAW terutamanya di dalam bulan Sya’ban, dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ramadhan adalah anugerah Allah Azza wa Jalla dan mereka bergembira dengan berlumba-lumba melakukan amal soleh, bagi meraih fadhilat yang Allah Azza wa Jalla sediakan. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 58 bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

p/s:Semoga kita dapat mengelakkan diri daripada segala kemungkaran pada bulan puasa nie sbb syaitan dah tkde yang tinggal diri kita dgn Nafsu jee.Selamat berpuasa :)

Saturday, July 7, 2012

Hijrah itu Perjuangan.



Hidayah Diberi oleh allah tetapi manusia perlu berusaha Mencari nya.