Tuesday, December 31, 2013

Mengembara !


Owh yeah tahun depan 2014 !
ayuh kita Travel walaupun seorang diri
baru ada Cabaran let the dream comes true 
:D

Monday, November 4, 2013

Prejudis

Manusia kian cuai terlalu banyak syak wasangka
sesama Keluarga
sesama kawan sendiri
sesama suami isteri
Kepercayaan sudah mati?


Dimana kepercayaan itu?
Mati ditelan anak luah ditelan mak
Iblis berkuasa menjaja kuasa hitam didunia
Ciss Ini semua Kejahilan abadi Hati kau sudah mati.

Aku pun nak.


Everything Happens for a reason.

Wow wow haha Assalamualaikum Lama sangat tak menulis blog kan?lama ke,ke aku je yang terasa lama sebenarnya sibuk takde masa pun nak jenguk blog.Tengok twitter kat phone bbm whatsapp we chat apa lagi ?semua dah ada kat tapak tangan cuma blogging je tak boleh kat tangan haha.Tapi takdelah sibuk mana pun sebenarnya internet je takde rumah sewa lagi satu sebab dah takde idea nak tulis?itu je secara jujurnya.

Hidup?macam biasalah masa bergerak pantas itu yang pasti semua orang sibuk dengan kehidupan masing2 ada yang run run if you want to win the race ada yang alahh lepak sudah kalau jalan pun sampai :)
Semua dah besar ada commitment semua berubah kalau dulu pakai baju kiki lala sekarang uniqlo macam tak masuk je?Aku bukan budak budak lagi nak masuk alam dewasa zaman remaja aku nak habis dah lagi 1 bulan utk aku 21 tu dah kira major.Umur baru 20 tapi dah fikir pasal benda 10 tahun akan datang nak beli rumah,kereta,duduk dengan siapa kahwin dengan siapa haha.Biasalah manusia bila sampai satu satu masa tu
dia akan mula berfikir macam masa umur 10 tahunn nak kereta tamiya takkan umur 21 nak beli tamiya jugak kan?hidup mesti ada anjakan paradigma takkan nak duduk kat tokok yang sama.Sekarang nak habis semester 5 sibuk cari tempat LI itu pasal kehidupan.

Manusia?Manusia macam diketahui berjalan atas junjung pahala dukung dosa,aku pun sama takde beza lagi banyak dosa jee.Semua punca dunia technology nie sampai tidur lewat dan kadang2 terlepas fardhu pagi.Tapi aku tak pernah putus asa sebab aku ingat lagi pesan Ustaz Umar syaitan akan buat kau rasa berdosa dan pastikan kau putus harapan sampai kau taknak minta ampun dengan Allah.Sedangkan ada seorang sahabat bertemu dengan Saidina Ali dan berkata Ya Ali aku sudah melakukan kesilapan apa harus aku lakukan?Saidina Ali berkata bertaubatlah kepada esk dia dtg bertemu cakap benda yg sama dan Ali menjawab benda yang sama dan sehingga pada satu hari dia berasa malu kerana Asyik minta taubat kepada Allah dan kembali melakukan dan mengadu pada Ali.Saidina Ali berkata padanya jangan engkau berputus asa pastikan syaitan yg berputus asa utk mengodamu kerana Allah tidak suka hambaNya yang berputus Asa.
Tapi benda cerita bukan bagi lesen utk kau buat dosa benda cerita Macam Abang Mat kita cakap Islam is about Hope and Fear ke dah lupa?kau lupa tgk boleh video sebelah sayap tu.Apa lagi pasal manusia?Perhubungan sesama kawan?macam biasa lah ada suka ada duka hadapinya dengan senyuman kerana ini kehidupan.



Cinta?Cerita nie tak pernah Habis haha pening gua fikirkannya kadang kadang rasa esok nak kahwin tapi tanggungjawab besar semakin semakin hari belaja agama semakin takut memikirkannya.Apabila seseorang itu sudah berkahwin maknannya dia telah sempurnakan separuh daripada Agamanya ? faham maksud dia?besar tu maksud dia Kahwin bukan pasal sweet sana sweet sini Insta sana insta sini haha ada bunyi cemburu kat situ Alahh lepaklahh aku gurau je.Cuma nak cakap kahwin tu benda serius it is not about one day Life but it is about whole life kau kena hadap muka yang sama perangai sama sampai mati boleh ke?Baru belaja 3 tahun tempat yang sama orang yang sama dah bosan inikan plak nak hidup dengan seorang selama 30,40 tahun masa bercinta seronoklah wayang sana wayang sini gambar sana gambar sini tapi kahwin tak macam tu gua cakaplah kahwin bukan pasal sehari keluar dating lepastu balik.Ini pasal satu family belah lelaki belah perempuan bukan nak jaga 2 hati tapi berbelas atau berpuluh hati kena jaga.Duit lagi?memang lah rezeki Allah bagi tapi kena usaha takdenya duit Jatuh dari langit.Yang aku tengoklah yang aku tengok yang kahwin muda kebanyakkannya mak ayah sponsor tak pun Financial family dorang kukuh dapatlah dorang kahwin Rezeki dorang siapa boleh halang.Apa dia panjang sangat cerita pasal cinta?memang panjang lah Habis tu hang tak pikiaq plak Adam jalan dari India Hawa jalan dari Jeddah Jumpa kat Arafah berapa jauh tu?Itu baru cinta Abadi weyh.Sebenarnya lah Konklusi dia senang je kau cintakan bakal isteri kau atau suami sebab apa?kalau sebab dunia sorry to say lah kalau kau kahwin pun Allah tak campakkan Sakinah dalam keluarga tu.Kalau tak bahagia Allah nak tunjuk sebab dia apa?mungkin kau cintakan makhluk dia lebih dari dia mungkin Apa pun Good Luck lah InsyaAllah aku dah stabil semua aku kahwin.


Last but Not least this words for you :

The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don´t care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You, me or nobody, is gonna hit as hard as life. But ain't about how hard you hit.It's about how hard you can get hit, and keep moving forward how much you can take, and keep moving forward. That´s how winning is done. Now, if you know what you worth, go out and get what you worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying:You ain´t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain´t you! You´re better than that





Thursday, September 26, 2013

Sudah Berlalu.


Assalamualaikum.


Apa yang kau renungkan lagi?Harinie Sudah pun berlalu tiada guna di tangisi lagi
Esok Bakal menjelma sudah kah engkau sedia untuk menghadapinya?
Jangan Kau Kufur nikmat yang diberi Percuma Jangan Kau lupa janji yang diberi.

Dia masih berjalan ke hadapan berteman Mimpi yang tidak kembali
Dia Masih berjalan ke hadapan walaupun jatuh berkali kali
Dia Yakin Pada Janji Rabb Nya Kerana ini semua Hanya sementara.

Segala Kenikmatan sudah Diberi Tetapi Masih Merungut lagi.
Bila Lagi nak belajar Bersyukur Takkan sudah sempurna baru nak Terima Kasih?
Manusia Lupa Manusia Alpa Makin diberi Makin diminta.

Masa semakin berlalu Pantas tidak menunggu engkau Selamat Tinggal diucapkan semudah perkataan
Usia semakin ditelan zaman Sudah cukupkah Amalan?
Semoga kau diberi kekuatan untuk menghadapi Dugaan
Hidup Ini tidak mudah seperti yang disangkakan


Nukilan Isi Hati dan Tulisan Daripada Hati yang Berkocak ketakutan
Tunjuk berani padahal takut cuma berharap pada ilahi ;')


11.31
Majid







Wednesday, August 21, 2013

Untitled


Assalamualaikum Blog ! rindu tak kat saya?saya rindu kat awak,Apa khabar sihat tak?Saya sihat alhamdulilah lama tak menulis kan?Sorrylah makin membesar tulang makin berat benda kena pikul.Haaa tu diaa haha.So life is going happily,Manusia?datang dan pergi nama pun kehidupan kan.Tetapi Allah tetap bersama kita sampai akhirnya.


Isu Paling Hangat Masa kini Mesir didalam pertumpahan darah Seperti Biasa,Hati mereka sekeras batu Peluru 55 mm tak takut kan mereka sikit pun.Allah bersama Jihad mereka akan menjadi saksi pada hari semua orang tgh risau kan diri mereka.

So tahun nie 2013 tahun terakhir sebagai pelajar diploma tahun depan dah 2014 dan aku akan LI lepastu gradution day InsyaAllah doakan yea.Aku rindu semua orang taktau kenapa tapi banyak benda aku nak tulis tak sempat nie sebab err entah bye Assalamualaikum panjang umur kita jumpa lagi ! :')

Thursday, June 20, 2013

Sampai Kafan.



Bangkit dari lenamu Luruskan tulang belakangmu,terankan mata bersihkan hati kerana yang suci juga yang membawa benci sedang hidup disana jernih hidup disini keruh.

Wednesday, June 12, 2013

Keris Sempena Riau.



Assalamualaikum mula bicara Ampun beribu ribu ampun pada yang Maha Esa.
Datang Hamba ini membawa kisah,kisah didunia penuh berduri.
Langit terbentang luas cantik rupa dari paras.

Guruh berbunyi dilangit kilat sabung menyabung
tetapi belum pernah membelah bumi
Pantang diangkat kaki yang sudah diletak biar bertempur sehingga ke akhirnya.
Kecil jangan jangan disangka Anak besar jangan disangka bapak
kerana kekuatannya hanya diri ini yang tahu.

Sampan sudah berada disungai dayungnya sudah berada ditangan
Apa lagi yang tunggu wahai anak muda ayuh dayunglah sampan mu
sehingga ke hujungnya walaupun badai melanda walaupun ribut melanda 
gagah dirimu menghala ke lautan,lautan kehidupan di dunia.

Kadang Airnya jernih kadang airnya kotor
Buang yang jernih amik yang keruh kerana ianya dinamakan kehidupan
Ditabur bunga di atas pusara Ditabur fitnah itu manusia
Mana hilang panduan Kitab Mukjizat Mana hilang Nasihat hebat?

Ampun hamba beribu ribu ampun pada yang Maha Esa.
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut menghadapi dunia jangan menjadi manusia.
Manusia itu berbagai rupa berbagai perangainya hadapi mereka dengan bijaksana.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Berusahalah dulu untuk berubah barulah lihat Hasilnya
Namapun manusia apa yang nak ditakutkan dengan kegagalan
jika gagal sekali bangkit lah beribu kali.

Ampun beribu ribu pada yang Maha Esa

Syurga Menanti bagi yang mencari !
Jadikan dirimu mukmin yang sejati wahai Anak Muda !
kehidupan didunia belum berakhir selagi jantung mu 
mengepam darah ke seluruh badan.



-Seruan -
-1.56  pagi-
-Abdul-




Thursday, May 30, 2013

Harapan + Manusia + Tuhan + Aku + Dosa + Pahala.



Assalamualaikum Manusia apa khabar harap semuanya berada di dalam keadaan baik,Harap Iman makin bertambah,Amal makin banyak syurga menanti Neraka di lupakan Bagi Malaikat kanan banyak kerja malaikat kiri biarkan rehat sudah cukuplah tu bagi malaikat kiri penat dia menulis pasal kita.Harapan apa itu Harapan?Ibu bagi harapan kat anak sebuah nyawa setelah mengandung 9 bulan,dan harapan itu menjadi kenyataan.Seorang Suami berjanji untuk menanggung dosa isterinya dan dia akan menanggungnya sejurus sahaja dia melafazkan kalimah keramat aku terima nikahnya.Cikgu janji nak bagi A kalau belaja betul2 dan budak2 tak belaja pun betul2 harapan tak menjadi kenyataan.Dalam Hidup nie berapa ramai manusia menaruh harapan antara satu sama lain?Berapa ramai yang berjaya menyelamatkan harapan itu?Itu Harapan Manusia.


Tapi Ada satu harapan Harapan yang dahsyat yang paling extraordinary iaitu harapan manusia yang dia letak pada Tuhan,Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba dia,Tuhan tidak Pernah memungkiri janji dia,Neraka ada 7 Syurga ada 7.Tiap tiap pagi Sinaran Mentari pasti terkena kat muka dan kau akan bangun dari tidur itu Harapan kau agar esok dapat melihat sang Mentari lagi.Malam Bulan pasti akan keluar menerangi langit yang gelap kiamat pasti akan datang kerana telah tertulis didalam kitab mukjizat ! Pada manusia yang melakukan kebaikanan ada berjuta beribu atau tidak terhitung oleh jari nikmat yg bakal dia perolehi dari Tuhan,dan pada yang melakukan kejahatan beribu dan berjuta atau tidak terhitung oleh akal fikiran kesusahan kesengsaran yang bakal dia hadapi.Tuhan mungkin lambat memberi apa yg dikehendaki oleh manusia tapi adakah manusia terlupa mungkin kamu suka benda tu sedangkan benda tu tak de kebaikanan untuk kamu dan sedangkan kamu tak suka benda tu tapi benda tulah yg akan memberi anda kebaikanan.



Aku siapa?Akulah manusia yang menaruh harapan pada manusia tu aku lah Manusia yang sering tertipu oleh manusia aku terlupa aku terleka oleh kebahagian dunia ini.Tapi pada suatu hari aku terjatuh dan aku lihat semuanya gelap dan aku terdengar suara?Wahai manusia lupakah kamu pada janji kamu?Siapa tuhanmu?Siapa Nabi mu?Apakah kiblatmu ? Apakah Agamamu? Apakah pegangan iktikad mu?Badan terbujur kaku memikirkan jawapan?owh tidak ini bukan ujian didunia Ini Ujian Alam sesudahnya kalau amal tiada jangan bermimpi untuk menjawabnya.Terkejutku dan terbangun dari kegelapan itu ku terdengar dugupan jantung ku melihat sekeliling aku masih bernyawa Tuhan masih memberi aku peluang untuk kembali.Mulai saat itu aku membuang egoku aku menunduk kepadanya aku bersujud dan meletakkan dahi di atas tanahnya.Adakalanya aku berjaya adakalanya aku gagal tapi aku tidak pernah berputus asa aku meletakkan harapan kepadaNya bahawa dia yang Maha pengampun Maha pengasih dia lebih mengenali Hambanya yang lemah yang hina ini,tak kala awan menjadi gelap aku duduk di dalam bilik menitiskan air mata mengenang dosa dosa yang aku lakukan,tetapi aku teringat walaupun dosa aku sebanyak antara bumi dan langit Dia mampu mengampunkannya itu HARAPAN aku.


Manusia yang pandai beragama apa yg dia tahu bukan semua tapi segelintir dia hanya tahu menghukum,dia tidak pernah mengambil tahu siapa orang dia menghukum bagaimana latar belakang keluargannya,tidak semua orang datang dari  keluarga beragama sepertinya,Setiap manusia mempunyai zaman kegelapan masing2 jgn menghina mereka tapi berilah mereka Peluang dan Harapan ! aku juga salah seorang dari Manusia yang berdosa itu.Jangan hanya pandai memberi Amaran belajarlah untuk memberi harapan,berusaha membantunya bukan lari dari masalah.Hope and fear are like pair of wings you have to use both to fly ingat tu.Kita nie manusia jangan menghukum siapa aku ada dosa kau ada dosa.Yang mampu kita buat adalah nasihat menasihati cuba dgn pelbagai cara baru betul,Ketika Rasulullah di hina di caci di maki di lukai beliau tidak mendoakan sebarang keburukan untuk mereka tetapi berdoa agar Allah mengampunkan Mereka.Kita pergi usrah kita pergi dengar ceramah bukan untuk kita sorang untuk semua kita kena selamatkan semua orang,semua orang nak masuk syurga tapi ada yg tak jumpa jalan kita kena tolong dorang.Manusia jadi baik bukan takut kepada tuhan saja tapi dia berharap agar apa kebaikan yg dia lakukan akan di balas oleh Tuhan.Semua manusia tak sempurna sebab ada pensel ada pemadam pen ada liquid paper ingat tu itu je dari aku fikir dulu sebelum menghukum orang selamat Malam.

p/s:Jika Agama gagal menawarkan harapan 
ianya Bukan dari Tuhan.



-Manusia -
-11.41-
-30.5.2013-

Sebelah Sayap.

Genius !
Brilliant !
Daie Moden !

Tuesday, May 21, 2013

Gagal tak mungkin.


Aku taktau nak cakap dekat siapa,Aku dah mengadu pada yg Esa kini kau tempat kedua aku bercakap.Wahai Blog ku.Harinie Aku exam First day paper Business com paper tu okaylah,And the next paper was Law paper mula pukul 2.15 tapi aku mula jawab pukul 4 sebab aku tgk kertas,kertas tgk aku aku menangis kenapa aku tak ingat apa2 nie? :(


Aku menyesal,aku sedih tapi masa tak dapat berulang kembali semua dah berlalu aku pun taktau apa yg aku tulis dalam kertas tu.Aku taknak repeat paper tu nanti kena extend sem aku nak grad on time ! tolonglah jgn gagal paper Law Ya Allah :'(


Keluar dari dewan aku fikir apa yg aku dah buat nie?aku diam aku menangis aku takut mak sedih aku taknak benda tu jadi Doakan aku lulus paper tu bye 5 paper more left.


P/S:Menyesal.

Thursday, May 16, 2013

Aku.


Aku sering di persalahkan
Aku yang sering diperkatakan
Siapakah Aku,Aku sendiri tidak tahu.

Dilahirkan daripada Dua orang Insan 
Keluar dengan tangisan disambut dgn kegembiraan
Aku melihat sekeliling penuh kegembiraan


Kini Aku kian meniti sebuah kehidupan
yang hanya aku memahami suka dan dukanya
Biar apa yang mereka perkataan 
ini adalah hidup ku
Kisah Aku.



-Majid-
-1.11 a.m-




Tuesday, May 14, 2013

Yang tersurat Penuh Tersirat.



Mereka berkata aku mendiamkan diri
tetapi jiwa ku meronta tidak terkata
Adakah aku bisu untuk berkata
Sedangkan manusia hebat berbicara

Kita berkongsi Kiblat yang sama 
tetapi kita berlawan pada masa yang sama
Bangsa menjadi pilihan manusia
sedangkan Tiada apa nilai disisiNya

Mereka mengatakan Jiwa muda 
berkata tanpa berfikir sedangkan
kami mengunakan Akal dan hati 
Mana Hilang kepercayaan ini

Kita datang tidak membawa apa
sedangkan kita pulang membawa dosa dan Pahala.
Kita semua ciptaaNya tetapi kau membezakannya.

Bermata tapi buta itu manusia
diberikan hati tetapi dihitamkannya dgn dosa.
Sudah cukup penderitaan ini Marilah kita menuju Ilahi.





-Majid-
-1.02 a.m-
-Aku je faham Isi dia-











Sunday, May 12, 2013

Hebat.


Aku tanggalkan topi
Malam ini aku duduk di beranda
Bersedia membelah tengkorak
Selepas sebatang rokok ini.
Fuhh.. 

Lega menyedut racun buat aku penuh bersedia.
Lalu aku koyakkan kulit kepala.
Menggergaji tengkorak aku.
Penuh waspada otakku ambil keluar.


Sekrang otakku penuh dalam dua telapak tangan.
Darah menderas leleh.
Bila aku menjulang tinggi otakku.

Aku lepaskan, biar ia terbang
Ke tingkat - tingkat yang paling atas.
Ke lapisan ke tujuh, lapan, sembilan.
Suka hati kau lah otak.  

Jaga.
Bila kau pulang otak,
Pastikan kau otak yang baru
dan aku disini.
 
Menuggu, tidak berotak. 


-Zahiril Adzim-




Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini.


{Pesan Rasulullah} Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : 
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : 
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : 
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


sumber utama: Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/pesan-rasulullahjangan-kahwini-6-jenis.html#ixzz2T3n5orpD

Friday, April 26, 2013

Years are getting older.


Assalamualaikum heee So today is 14.4.2013 and tomorrow is 15.4.2013 hari bandar bersejarah melaka?ehh i know tomorrow is monday?Yes i know haha.Actually tomorrow is born day hari lahir okay hari jadi Allah je tahu Macam UAI suka cakap.Alhamdulilah if i am alive until tomorrow hee.Sebab Apa aku post awal?sebab Esok Monday confirm busy takde masa dah nak update.So Monday what do you actually accept rasa terharu sangat tahun nie hari jadi jatuh On Monday sama dengan Hari Lahir My Beloved Prophet Muhammad s.a.w and i was born the same month with Habib Ali,semoga diri ini dapat menjadi seperti mereka dari segi Akhlak,ilmu,Amal dan ibadat.



So What have i done in my 20 years life?Nothing big i have done i think i didn't win the Oscar award haha.The biggest thing i have done in my 2o years life i try to change myself everyday every second if it that is the thing i have done i think lahh. Seeing a boy smaller then reciting the Quran more fluent then me that is biggest award i think.He memorize the 30 juz of quran that makes me more jealous that is the thing that i suppose done when i am 20 years that is the biggest award in the life ! is my english that bad?haha i think so but i am trying to write learn by mistake.

To My Parents thanks for rising me up until who i am,sorry for didn't make you guys proud in this 20 years but one day will ! this is my promise i don't to be proud in the eyes of the world i just want you guys proud of me.Is not easy to take of child or a son like me haha ! i know how naughty i was in my teenage ages.But i have believe me okay even do some times i cry and want to sleep on your shoulder mom but i didn't tell you because i want you to know how strong i am. I have learn how to face the world without bending my knees
Thanks for all support giving me money that i think i can even calculate how much money both of you have gave from my childhood life until now.Giving me love more and more even do sometimes we have argument haha,like kids don't we dad?haha Mom always love me more because i am the only son at the house.Mak selalu cakap kau seorang je anak lelaki kaulah harapan kami.dan aku akan diam tanpa terkata tetapi dalam hati ku membawa beribu makna takut tak dapat memberikan seperti yang diharapkan.Syurga dibawah tapak kaki ibu tanpa ibu kita tidak akan dapat lahir ke dunia ini.Atta pulak tak pernah lupa bagi nasihat walaupun berulang kali atta cerita pasal masa dia susah haha tapi tiap2 atta cerita mesti aku dengar je sbb dia belajar dari kesusahan dan aku bangga dengan keadaan mana yang berada sekarang walaupun belajar tak tinggi mana tetapi dia berjaya membawa keluarga dengan bahagia takde kekurangan dari kecik aku dah diajar dgn kesusahan supaya aku pandai menghargai kesenangan.Life is not easy like you think you have to hear this and that,you have to think this and that but there is one solution the solution is 5 times day dont miss your sujud to ALLAH.dah tak terungkap dengan kata kata for my parents.


ahhh lambat post benda nie ;/







Thursday, April 11, 2013

Words.




Maksud Islam ialah memperbaiki manusia, supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Umat akhir zaman tiada yang sempurna, usahlah mendabik dada mengatakan anda benar sentiasa.

Berkongsilah walau setitik madu suatu kebaikan, berkongsilah walau sesudu garam dosa demi pengajaran, kerana kelak itulah buah bekalan.

Dakwah beribu batu, mengetuk beribu pintu.


Terlalu banyak kata sehingga tidak terungkap Tetapi semua kata kata itu tidak akan berhasil tanpa tindakan.So lets make some move take a action ! do what you think is right Forget the people that does not give you a benefit Life is like a ice cream finish it before it melts.

-Aku bukan pengemis jalanan Aku hanya seorang penghibur jalanan-

Monday, April 8, 2013

Malu.



Assalamualaikum kepada blog yang dicintai untuk pertama kalinya aku menulis kat rumah sewa nampak kan betapa stressnya aku.So weekend haritu aku pergi melaka,nak pergi jalan kan?mesti lah kena laha ada duit so mintalah mak 200 untuk pergi berjalan 3 hari 2 malam mula 2 minta tu kena bebel biasalah aku diam jee,tapi mak bagi jugak duit so berjalan sana sini tak lari pun bajet cukup2 semua.Sekali bangun ahad tu tgk kereta kena langgar and i was like what?Habis aku sepanjang perjalanan aku fikiran macamana nak minta mak duit?bayar balik seperti dijangka hantar balik kereta tu sorang kena bayar 400 aku macam nak menangis,mana nak letak muka minta mak duit lagi aku menangis sebab aku rasa aku banyak menyusahkan mak dgn ayahh.Tadi aku call mak minta duit mak cakap kau nie orang hantar pergi belaja tp cari penyakit.Aku diam aku tau memang salah aku,entah apa dosa aku buat kan?Malu kepada diri aku bukanlah dari keluar senang mak bagi tiap2 minggu duit belanja 150 kadang2 bagi lebih aku tak pandai nak jimat :(
patutnya aku makin besar makin bijak tidak menyusahkan siapa2 di sekeliling aku ini tak makin besar makin menyusahkan orang sedihnya hati,hati kecil aku berbisik ini semua kerana amal kau yg kurang kadang2 kau dekat tuhan,kadang2 kau jauh dgn dia kau tak rapat dgn dia selalu.Maafkan aku Ya Tuhanku Ya Rabb kau lah yg satu kau yg mengerti ke atas semua yg terjadi di langit dan dibumi aku hanya manusia yang hina di sisi Mu,aku minta maaf kepada Mu kepada Ibu Bapaku tidak terbalas jasaku kepadaMU dan kepada kedua ibu dan bapaku walaupun ku sujud di atas seluruh dunia ini.


P/s:Dan Minta Maaf juga kepada yang saya buat menunggu sehingga 4 pagi maafkan saya.

Sunday, March 31, 2013

Men.




There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend.He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.One day,someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend.Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him.Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:


"Just take care of my eyes."


This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before in painful situation who was with them.


Life is git don't waste it.


Don;t promise something that you aren't sure.But i already made my promise and i am willing to the risk.
Even if one day the thing i dream is no going to happen,But I put my trust On Allah not on Human.And i know it will going to happen :')


Just don't more think about it take life simple Be a good servant to Allah first is enough to Solve all the problems.Human has rights to do what they want and i can't say you can't do this and that so just do it
Just think before you act do you think the thing you do will give you benefit to get Jannah?If it is just do it Assalamualaikum ;)



-I am Boy.Men,Coming soon Husband-

Saturday, March 9, 2013

Aku pun Manusia.


Assalamualaikum Pembuka pembicara.Jam menunjukkan pukul 1.07 a.m.
aku tunggu seseorang habis meeting tp tak habis lagi tkpelah sibuk agaknya.Aku pun manusia apa maksudnya?Maksudnya aku pun tak lari daripada melakukan kesilapan adakala aku terleka aku gelak ketawa kerana usia aku memainkan peranan yang penting.Aku membesar bukanlah dalam keadaan yang penuh islamic biasa2 je Mak dengan Ayah ajar aku pekara yang Asas je.Tapi mereka dah bg apa yg perlu kini menjadi tanggunjawab aku plak untuk mencari Ilmu selebihnya.

Hari demi hari aku melangkah meninggalkan kehidupan aku yang lepas.Aku taknak pandang balik kehidupan aku yg lepas yang takde tujuan.Kini tujuan kehidupan sebagai Manusia apa?tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadat kepada aku kan?Jadi itulah yang aku laksanakan sekarang.
Adakala aku terleka Iman aku meruntun solat dilewatkan pekara yg paling aku takuti.Ketika iman berada di paras yang tinggi lakukan ibadat sebanyak mungkin kalau dah jatuh nanti nak buat yg wajib pun berat.Bahaya.Kadang punca Amal aku yg kurang.


Masa sentiasa menyibukkan aku sebagai manusia membuatkan aku lupa yang Esa.Kehidupan dunia yang tidak memberi peluang.Tetapi aku bersyukur kerana ketakutan kepada dia yang Esa masih tidak di tarik dari aku.Aku pun manusia bila aku salah betulkan bukan kutuk belakang.Aku pun manusia maafkan aku aku memang keras kepala,Aku cepat Judge orang,Aku cepat cemburu,Aku tak pandai tapi aku berusaha,Aku tak suka kecewakan orang yang Aku sayang.Aku pun manusia biasa adakalanya aku rindu pada masa dahulu kawan aku,orang yang aku dan lain.


Tapi itulah kata orang merintis kehidupan ini perlahan2 dihujungnya keajayaan pasti akan ditemuii.
InsyaAllah aku cuba berubah sedikit demi sedikit.Aku banyak bercakap kurang bertindak.,Itu masalah aku.
Doakan aku berubah.Aku akan berubah.

-Muda bukan untuk selamanya-
-MJ-




Sunday, February 24, 2013

Errr.





Semenjak Dua Menjak Ini Aku mencari Fungsi kewujudan tidak Mempersia siakan kehidupan.
Ada Masanya aku takut aku tersilap membuat keputusan,Tetapi aku gagahkan diri melangkah Ke hadapan.
Aku tahu aku hanya manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.Langit begitu biru tiada siapa cuba memahami disebalik langit ada lagi 7 lapisan.Ditiupkan Roh ke dalam jasad untuk menunaikan janji yang diikat tapi manusia buat buat lupa.


Air Laut bergelora adakalanya tenang.Kelihatan diam tidak berbicara tapi apabila berkocak dasarnya maka akibatnya sangat berat untuk dibayangkan.Manusia bertelingkah kerana Berbeza pendapat?fahaman atau ajaran sedangkan didalam jasad masing2 mengalir darah yg berwarna merah.Diciptakan oleh Tuhan yang satu Allah.Aku menjadi Anak muda yg kebingungan apabila mereka 2 yang lebih dewasa dari aku petah berbicara tetapi tidak hebat bertindak.



Anak Muda seangkatan ku ada yang hanya ikut telunjuk,ada yang tidak ambil peduli asal perut kenyang boleh menari sudah memadai untuk mereka.Tanggungjawab sebagai Khalifah diabaikan.Tutup mata sebelah buka peti bawah masukkan ganjaran semua jalan.Kini aku mengerti tanggunjawab aku,sebagai pelajar,anak dan kelak sebagai seorang suami bukan untuk berdiam tapi untuk berjuang demi Janjikan sebelum aku dicipta dan dihantarkan ke dunia.



Penipuan demi Penipuan dilakukan penindasan secara halus digunakan.Adakah mereka lupa kepada yang Maha Melihat?Maha Berkuasa sedang memerhatikan mereka?Owh mereka lupa kepada Mahkamah yang tiada jaminan,tiada peguam untuk mereka kelak.Tidak ada seorang pun akan terlepas.


-Penulisan Jalanan-

Saturday, January 19, 2013

Terlupa ?


Umur semakin meningkat diri semakin tua Kudrat semakin lemah Ruang makin sempit
itulah yang aku amat takuti saat ini


-Aku takut tak dapat jadi hamba yang baik kepada Allah
-Aku takut tak dapat menjadi Umat yang baik Kepada Rasulullah s.a.w
-Aku takut aku tak dapat jadi Anak yang soleh kepada Kedua ibu bapaku
-Aku takut tidak dapat menjadi seorang adik dan abang yang baik kepada kakak dan adikku.
-Aku takut tak dapat menjadi sahabat yang baik kepada rakan2 ku.
-Aku takut kelak aku tidak dapat menjadi Seorang Suami yang baik kepada isteri ku.
-Aku takut aku tidak akan dapat menjadi seorang Ayah yang baik kepada Anak2 ku.


Kerana masa berjalan hari demi demi saat demi saat,sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh.Dunia ini hanya tempat persinggahan dan aku ingin menjadi seorang pengembara yang berjaya ditempat persinggahan ku sebelum aku kembali ke tempat asal aku.Disaat aku berada dalam kegembiraan di hati kecil ku bersuara"majid lupakah kau kenapa kau dihantar dan dilahirkan ke dunia ini?dan di saat itu aku akan terdiam seketika dan aku berasa apa yg sedang aku lakukan ini?Ini semuanya sia sia.Disaat dimensi membuta kan mata aku hanya mendiamkan diri dan menyendiri.Aku cuba memperbetulkan semua kesalahan ku sedikit demi sedikit Walaupun ada kalanya aku tergelincir dari landasan,Aku bangkit semula dan bergerak di atas landasan tersebut.Pepatah arab mengatakan anda adalah hamba kepada apa yang anda cintai.Jadi harinie cuba kita fikir apa yang cintai?Adakah wang?harta?pangkat rupa dan wanita?Jika itu yang kita cintakan maknanya hati kita kosong yakin kita kepada Allah tiada.


Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.
(HR Bukhari dan Muslim)


Sudahkah kita mencintai Rasulullah?seperti beliau katakan?Allahu malunya diri ini jika tidak dapat menjadi Umat beliau yang hebat.


Sinaran Matahari menyinari dunia tetapi Islam akan menyinari hidup kita !
Islam adalah satu
Islam adalah cara kehidupan dari semua aspek
Allah Adalah tuhan Esa


Manusia harus berfikir fikir hari demi hari,kita pula yang sudah diberikan hidayah ini harus mendoakan supaya semua orang mendapat hidayah jangan pentingkan diri sahaja !Jadi marilah kita penuhkan hati kita dengan cinta kepada Allah dan Rasul dulu kemudian baru yang lain2 sama sama kita menuju kejayaan
Tiada jalan lain dah kecuali berpegang kepada Al Quran dan Sunnah untuk berjaya ! InsyaAllah

-Salam Maghrib-


Wednesday, January 2, 2013

SAYONARA JAHILIYAH.

.
OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH



-Mato punya Ayat atas tu-





Assalamualaikum Apa khabar semua?agak lama jugak saya tak tulis Blog kan?maafkan saya hee.Pertama sekali saya nak Ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yg Membaca Blog saya.Sebenarnya Ana dah tkde Idea nak tulis apa hehe.

Jadi apakah azam 2013 anda?Semoga anda Menulis Azam itu dan lakukanya jangan sekadar lafaz Dibibir Sahaja.







Hari demi Hari Masa berlalu lihat pada diri kita?Adakah kita duduk pada keadaan yg sama atau kita telah anjakan paradigma dalam Hidup kita?Rasulullah Bersabda:Celakalah orang yg buruk harinie daripada semalamnya.Jadi mari kita melakukan penghijrahan berperingkat bagi mana rasa susah untuk berubah sekali gus,dan kepada yg boleh ubah terus tu lagi Bagus.





Kini kita sudah berada di tahun 2013 dunia semakin tua,Kita semakin tua kedua duanya sedang menanti saat kehancuran yg tidak dapat digambarkan.Jarak kiamat hanya beza diantara dua jari sahaja iaitu jari tengah dan telunjuk.tak silap ana atau itu lah usia bumi.Allah s.w.t Tidak jadikan kita selain untuk menyembah kepadanya kita Mematuhi semua suruhan Allah tiada Alasan untuk kita mengingkarinya.Rasulullah s.a.w adalah Role modal kita ikutlah Ajaran Baginda kerana Baginda Adalah orang yang Berjaya didunia dan Akhirat.







2013?Masih tak berubah?Mari lah kita melakukan Penghijrahan Sampai bila kita duduk dalam kelekaan dan kealpaan dunia?Dunia ini tempat kita singgah jee tunggu masa jee kita nak kembali kepada Alam nyata kita.Malaikat mengintai kita 70 kali sehari agak agak kita nak mati dalam keadaan macamana itu pilihan kita.Allah bagi kita Akal fikirlah yang mana baik dan Buruk Cari lah Ilmu agama Nescaya engkau Akan memahami kata kata ku ini Dunia dan segala isinya tiada nilai di sisi Allah ! Kau dan aku hanya di cipta bersebab apa sebabnya?Kau carilah sebab itu Kehidupan didunia ini akan menuntutkan kesengsaraan atau kebahagian yg engkau akan perolehi pada penghujung nya.Kawal lah Nafsu mu kerana Nafsu sentiasa inginkan keseronokan Berjihadlah ! lawan nafsu Mu


Kini tiba masanya untuk kita kembali menegakkan Syariat islam ! Kita Anak Muda Kena Membantu Memperjuangkan Agama Islam kalau bukan kita siapa lagi?Jangan Kita lupa di akhirat Kelak ada Mahkamah tuntut Menuntut?Nanti mereka yang kafir akan berkata:Kami tidak pernah dengar tentang islam takde orang yg datang meyampaikannya kepada Kami?adakah pada haritu Kau mampu menjawah didepan Ya Rabbul Alamin?Allahu renungkanlah :(


Akhirat kata dari saya;Tingkatkan Keimanan banyakkan berzikir kerana ianya membersihkan Hati ! Hati adalah kunci amalan kita.

Assalamualaikum :')