Monday, November 4, 2013

Prejudis

Manusia kian cuai terlalu banyak syak wasangka
sesama Keluarga
sesama kawan sendiri
sesama suami isteri
Kepercayaan sudah mati?


Dimana kepercayaan itu?
Mati ditelan anak luah ditelan mak
Iblis berkuasa menjaja kuasa hitam didunia
Ciss Ini semua Kejahilan abadi Hati kau sudah mati.

Aku pun nak.


Everything Happens for a reason.

Wow wow haha Assalamualaikum Lama sangat tak menulis blog kan?lama ke,ke aku je yang terasa lama sebenarnya sibuk takde masa pun nak jenguk blog.Tengok twitter kat phone bbm whatsapp we chat apa lagi ?semua dah ada kat tapak tangan cuma blogging je tak boleh kat tangan haha.Tapi takdelah sibuk mana pun sebenarnya internet je takde rumah sewa lagi satu sebab dah takde idea nak tulis?itu je secara jujurnya.

Hidup?macam biasalah masa bergerak pantas itu yang pasti semua orang sibuk dengan kehidupan masing2 ada yang run run if you want to win the race ada yang alahh lepak sudah kalau jalan pun sampai :)
Semua dah besar ada commitment semua berubah kalau dulu pakai baju kiki lala sekarang uniqlo macam tak masuk je?Aku bukan budak budak lagi nak masuk alam dewasa zaman remaja aku nak habis dah lagi 1 bulan utk aku 21 tu dah kira major.Umur baru 20 tapi dah fikir pasal benda 10 tahun akan datang nak beli rumah,kereta,duduk dengan siapa kahwin dengan siapa haha.Biasalah manusia bila sampai satu satu masa tu
dia akan mula berfikir macam masa umur 10 tahunn nak kereta tamiya takkan umur 21 nak beli tamiya jugak kan?hidup mesti ada anjakan paradigma takkan nak duduk kat tokok yang sama.Sekarang nak habis semester 5 sibuk cari tempat LI itu pasal kehidupan.

Manusia?Manusia macam diketahui berjalan atas junjung pahala dukung dosa,aku pun sama takde beza lagi banyak dosa jee.Semua punca dunia technology nie sampai tidur lewat dan kadang2 terlepas fardhu pagi.Tapi aku tak pernah putus asa sebab aku ingat lagi pesan Ustaz Umar syaitan akan buat kau rasa berdosa dan pastikan kau putus harapan sampai kau taknak minta ampun dengan Allah.Sedangkan ada seorang sahabat bertemu dengan Saidina Ali dan berkata Ya Ali aku sudah melakukan kesilapan apa harus aku lakukan?Saidina Ali berkata bertaubatlah kepada esk dia dtg bertemu cakap benda yg sama dan Ali menjawab benda yang sama dan sehingga pada satu hari dia berasa malu kerana Asyik minta taubat kepada Allah dan kembali melakukan dan mengadu pada Ali.Saidina Ali berkata padanya jangan engkau berputus asa pastikan syaitan yg berputus asa utk mengodamu kerana Allah tidak suka hambaNya yang berputus Asa.
Tapi benda cerita bukan bagi lesen utk kau buat dosa benda cerita Macam Abang Mat kita cakap Islam is about Hope and Fear ke dah lupa?kau lupa tgk boleh video sebelah sayap tu.Apa lagi pasal manusia?Perhubungan sesama kawan?macam biasa lah ada suka ada duka hadapinya dengan senyuman kerana ini kehidupan.



Cinta?Cerita nie tak pernah Habis haha pening gua fikirkannya kadang kadang rasa esok nak kahwin tapi tanggungjawab besar semakin semakin hari belaja agama semakin takut memikirkannya.Apabila seseorang itu sudah berkahwin maknannya dia telah sempurnakan separuh daripada Agamanya ? faham maksud dia?besar tu maksud dia Kahwin bukan pasal sweet sana sweet sini Insta sana insta sini haha ada bunyi cemburu kat situ Alahh lepaklahh aku gurau je.Cuma nak cakap kahwin tu benda serius it is not about one day Life but it is about whole life kau kena hadap muka yang sama perangai sama sampai mati boleh ke?Baru belaja 3 tahun tempat yang sama orang yang sama dah bosan inikan plak nak hidup dengan seorang selama 30,40 tahun masa bercinta seronoklah wayang sana wayang sini gambar sana gambar sini tapi kahwin tak macam tu gua cakaplah kahwin bukan pasal sehari keluar dating lepastu balik.Ini pasal satu family belah lelaki belah perempuan bukan nak jaga 2 hati tapi berbelas atau berpuluh hati kena jaga.Duit lagi?memang lah rezeki Allah bagi tapi kena usaha takdenya duit Jatuh dari langit.Yang aku tengoklah yang aku tengok yang kahwin muda kebanyakkannya mak ayah sponsor tak pun Financial family dorang kukuh dapatlah dorang kahwin Rezeki dorang siapa boleh halang.Apa dia panjang sangat cerita pasal cinta?memang panjang lah Habis tu hang tak pikiaq plak Adam jalan dari India Hawa jalan dari Jeddah Jumpa kat Arafah berapa jauh tu?Itu baru cinta Abadi weyh.Sebenarnya lah Konklusi dia senang je kau cintakan bakal isteri kau atau suami sebab apa?kalau sebab dunia sorry to say lah kalau kau kahwin pun Allah tak campakkan Sakinah dalam keluarga tu.Kalau tak bahagia Allah nak tunjuk sebab dia apa?mungkin kau cintakan makhluk dia lebih dari dia mungkin Apa pun Good Luck lah InsyaAllah aku dah stabil semua aku kahwin.


Last but Not least this words for you :

The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don´t care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You, me or nobody, is gonna hit as hard as life. But ain't about how hard you hit.It's about how hard you can get hit, and keep moving forward how much you can take, and keep moving forward. That´s how winning is done. Now, if you know what you worth, go out and get what you worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying:You ain´t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain´t you! You´re better than that