Saturday, May 26, 2012

Melaka Have A Hero ! ;p

Abang tulis khas untuk Upi nak bagi ramai awek suka kat upi haha ;)
Fergelicious Delicious haha ehh budak kecik Comel di atas itu sangat Comel sangat mengoda saya utk ke Melaka ! haha aku dah lah suka baby saya terer dukung baby tak percaya tanya Miraa haha.Muka baby sangat bersih sebab takde dosa hati dorang bersih terpancar kebersihan tu kat muka baby tak percaya tgk Upi kat atas tu haha hensem tak hensem lah kan Serius sebijik macam nedd doe tp dia nun jauh disana macam mana nak pge tgk dia tension 2 haha dahlah pandai main twitt gemuk plak tu geram aku tgk nedd lah tunjukk gambar dia banyak kat twitt membuat kan aku jealous Ya allah permudahkan urusan aku untuk pergi tengok dia insyaallah ;)


p/s:Aku rasa besar nanti mesti dia jadi hensem Macam Uncle Baik macam Anan Penyayang Macam Auntie Comel Macam Miraa Gengster macam Nedd Pakai Spec macam Syahmi ;)

Friday, May 25, 2012

Haaa Cinta lagi ?


Apabila isu cinta dibahaskan ada yang seronok bercinta ada kecewa apabila bercinta.
Cinta itu Fitrah yang telah memang ada di dalam Manusia Cinta kepada manusia cinta kepada adik beradik kawan kawan Cinta antara lelaki dan perempuan.Yang Menjadi Masalah Pada Zaman ini Cinta Itu melebihi batasnya tidak berlandaskan Syariat agama lelaki ajnabi bergaul dengan perempuan bukan muhrim nya.Bila bertaut nya Cinta berlandaskan Nafsu kerana kepentingan masing maka bermula lah babak keluar makan bersama,saling merindui Sehari tak jumpa bagaikan setahun tidak jumpa Allahu rabbi manusia manusia Bangkit lah ! buka lah mata kamu dengarkanlah telinga kamu tentang kekuasan ALLAH.Perempuan dan lelaki bercinta zaman sekarang telah hilang rasa Malu Kerana Mereka Lupa ALLAH melihat segala perbuatan mereka lakukan.Cinta yang berlandaskan Nafsu inilah yang menjadi ikutan pada masa kini.Cinta cara islam sangatlah mudah berdoa lah demi doa kerana allah itu maha mendengar Jikalau itulah jodoh kita semestinya allah satukan jika kalau tidak,ALLAH lagi maha mengetahui dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita Memang semua manusia tak sempurna Tapi berfikirlah sejenak Apa yang Telah kita lakukan sebagai Manusia Allah cipta kan kita Apa yang pegorbanan yang telah kita lakukan untuk ALLAH?dalam hadis ada menceritakan seorang lelaki berpisah kerana ALLAH maka meraka akan dapat perlindungan arasy ALLAH dipadang masyhar dimana orang mengharapkan sangat perlindungan sejengkal matahari daripada kepala.Cinta berlandaskan Nafsu memang akan berjaya sehingga ke perkahwinan tapi cinta itu akan Mati apabila muka dah tak cantik tak hensem tak romantik tak berduit tak tak dan macam macam lagi.Inikah yang kita nama cinta sejati?Saya sangat menekankan Supaya berdoa kerana doa itu senjata Mukmin.


Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.Jika hendak Hitungkan Nikmat yang Allah beri tidak terhitung oleh manusia Subhanallah.Rabiatul Adawiyah adalah seorang wanita Yang penuh kan Cinta dia Terhadap ALLAH dan hati nya tidak dimiliki oleh sesiapa kerana Telah dipenuhi Oleh ALLAH beliau tidak berkahwin sehingga beliau meninggal,allakhuakbar!

P/s:Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”


kita manusia memang tak sempurna termasuklah diri saya yang menulis kita kena Cari Jalan allah.Bagaimana Seseorang itu hendak jumpa harta tanpa peta Begitulah hidup Gunakan Alquran dan Sunnah rasulullah sebagai panduan nescayanya takkan sesat sampai hari kiamat Teruskan perjuangan walaupun dicaci dimaki ditinggalkan keseorangan kerana tegakkan AGAMA ALLAH !insyaallah supaya kita semua dijauhkan daripada azab api neraka seksa kubur dan dibangkit bersama orang yang beriman pada hari kiamat Assalamualaikum.


-Abdul majid-

Thursday, May 24, 2012

Jimbets





errr camne nak mula haha okay Assalamualaikum Jimbets tulah nama yang diberi haha.Sedar tak sedar dah habis 6 bulan kita bersama kan?macam macam kenangan kita lalui suka gembira gelak bersama merajuk2 haha kelakar gila kan?lepas nie kelas kita semua pun dah tak sama masing masing pge kelas lain memang lumrah kita akan bertukar tukar kelas setiap sem kan.Pertama sekali saya Abdul majid cewahh haha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sentiasa bagi saya gembira sem Nie gelak tawa bersama Dan sangat berbangga jumpa dengan kawan2 macam korang.


Affin: Sangat Cool sempoi supportive selalu bagi semangat haha kereta vios lu terbaik bro haha wa suka Dum Dum shake shake haha.Kau cool doe affin rajin bertanggunjawab haha sebagai kelas wrap pastu kurang kanlah merokok doe bahaya aku suka kawan dengan kau ;)

Nurin: Sangat tetap kepada keputusan saya rasa haha,Pandai sorok perasaan dia Cepat mengalir kan air mata maybe Sangat kemas ke Kolej hari2 Suara nurin Sedap kalau nyanyi haha aku Suka Nurin Pakai Baju merah Last day Exam Nurin agak Penyayang erzz haha lagi apa?Nurin kuat berusaha tak cepat menyerah kalah dan cepat merajuk haha dan sangat kelakar haha Sameon abu bakar haha.


Putri: Sangat misteri susah difahami haha Sentiasa JK minat orang Muar lagi hahaha Huru hara selalu nak pge kolej bangun lambat Kening tebal kelakar makan nasi slow dan lembap haha Putri pun Penyayang doe time buat hidung bella haha.Lagi apa err cepat menangis jugak mata selalu bengkak haha semoga kau berbahagia Putri.


Winda: Windaaaa sangat Comel haha manja gilaa cepat merajuk pendek dari aku air minum tak penah habis makan tak penah habis ajar aku maths selalu jiwang lagi apa?Cokelat aku dah bg haha ayah macam hattan bawak kereta menakutkan aku selalu bagi aku semangat so sweet haha.


Joe: Joe?faizzudin kun?hahaha dia macam biasalah dari dulu aku kenal sampai sekarang sama jee cuma sekarang dia tak share masalah dia macam dulu dah dia pandai simpan rahsia takpelah saya faham haha dah besarkan nevermind semoga bahagia :)



Weng: Akmal aijie haha Adi putra Faizal Hussein Bojan Aeron aziz semua dia haha aku suka gilaa kawan dengan dia doe aku taktau kenapa Muka kau tu memang ada something lah weng haha patutlah mcd dulu terus dapat cashier abg tu cakap apa masa kau nak kerja aku tengok muka nie hensem kau jaga cashier lahh haha Weng sangat power main Bola sangat membantu aku rasa dia akan ada time kau susah dan senang daripada cara dia berkawan pun aku dah tau aku harap kita tak putus kawan sampai bila bila weng sebab aku akan rindu friendship kau.



p/s:Semoga kita semua berjumpa di Jannah sana insyaallah tingkat iman dan amal soleh yea kawan kawan
until we meet next time ;')

Thursday, May 17, 2012

Pesan Bumi.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Buka mata buka mulut baca ingatkan diri TU majid Jangan ingat dunia nie tak hidup Allah bagi kau
Bulan matahari hujan udara apa nak semua allah bagi Tapi allah minta korban kan sikit jee masa untuk dia Perjuangankan agama tegakkan agama Cukupkan Sembahyang Hidupkan Sunnah Rasulullah cinta kepada beliau banyak lagi benda kau tak buat umur makin Meningkat Hari semakin singkat esok bila dah tak sempat baru nak meratap?Selagi masih muda masih kuat ada tenaga allah bagi berjuang dan berjihad lahh dilandasan agama ini Pedulikan kata mereka pekak telinga bisukan mulut butakan mata kerana agama,kerana orang yang waras Pasti dan pasti Menyiapkan dirinya kepada dunia yang sebenar.

p/s:Aku ingin mati sebagai islam yang beriman.

Saturday, May 12, 2012

Sempena Hari ibu Yang Orang sambut.



Allahkhuakbar bila saya nak jadi anak yang seperti ini?adakah saya mampu untuk menjadi anak yang seperti ini?ya allah ya tuhan Tidak mampu aku menahan air mata ku nie Merisaukan diri ini yang masih lemah iman masih lemah tentang agama.Rakan rakan yang saya sayangi tidak layak kahh ibu bapa kita mendapat anak yang soleh?kita kena menjadi anak soleh cuba sedaya upaya kita.Adakah kita anak yang akan membacakan doa untuk ibu bapa kita?mengafankan ibu bapa kita?memandikan ibu bapa kita?atau sebalik nya?Allahu rabbi ;(
Kita berusah menjadi Kekasih yang baik kita cuba menjadi pelajar yang baik kita cuba menjadi Pemimpin yang baik kita cuba Jadi Menjadi semuanya yang terbaik kenapa kita tak cuba menjadi anak yang soleh?Harinie kita taknampak benda tu semua mak bapak masih hidup atau salah seorang telah tiada tapi Bila Esok Allah telah mengambil nyawa mereka tiada kuasa apa Pun dapat mengembalikanya kita sebagai anak yang soleh hanya mampu berdoa jadi renungkanlah adakah kita nak jadi anak yang sia sia ibu kita mengandungkan 9 bulan dengan susah payah melalui pelbagai kesusahan. Bukan dengan memberi hadiah bukan dengan ucapan sahaja tetapi berdoalah untuk mereka sesungguhnya allah itu maha pendengar .Fikirkan lahh tuan tuan puan puan sejauh manakah kita berdiri bagaimana dengan agama kita?bagaimana Dengan IMAN kita Kuatkah iman kita?Saya masih cetek dalam agama sama sama kita pelajari agama dan kuatkan generasi akan datang anak anak kita cucu cucu kita supaya iman itu sampai kepada mereka.

P/s:Duduk fikir Renung dengar cakap buat.ISLAM !


(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)



Friday, May 11, 2012

dreams and hope:)


Mata yang tak memandang tak semestinya tak cinta
Mulut yang tak mengungkap kata cinta tak bermakna takde Cinta
Tangan yang tidak memegang tidak semestinya takde cinta
Cinta Boleh diungkap tanpa berkata tanpa memegang tanpa melihat
kerana itulah Cinta.

Cinta perlu terbatas tidak boleh melebihi had
Cinta adalah misteri dalam Hidup seseorang
Sesiapa yang telah menjumpainya maka berbahagialah
Sesiapa yang tidak menjumpainya lagii bersabarlah.
Kerana telah ditetapkan rezeki dah jodoh oleh Allah.

p/s:Harapan aku sangat Tinggi Cita cita Aku sangat Tinggi Cuba tengok taste aku camne
haha 330 am punya updatee melalut haha nitee sweetdreams :)