Thursday, May 17, 2012

Pesan Bumi.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Buka mata buka mulut baca ingatkan diri TU majid Jangan ingat dunia nie tak hidup Allah bagi kau
Bulan matahari hujan udara apa nak semua allah bagi Tapi allah minta korban kan sikit jee masa untuk dia Perjuangankan agama tegakkan agama Cukupkan Sembahyang Hidupkan Sunnah Rasulullah cinta kepada beliau banyak lagi benda kau tak buat umur makin Meningkat Hari semakin singkat esok bila dah tak sempat baru nak meratap?Selagi masih muda masih kuat ada tenaga allah bagi berjuang dan berjihad lahh dilandasan agama ini Pedulikan kata mereka pekak telinga bisukan mulut butakan mata kerana agama,kerana orang yang waras Pasti dan pasti Menyiapkan dirinya kepada dunia yang sebenar.

p/s:Aku ingin mati sebagai islam yang beriman.

No comments:

Post a Comment