Wednesday, September 28, 2016

Fear is Choice.

Assalamualaikum apa khabar semua? harap semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga dan rakan rakan tercinta. Saya ingin kongsi kan sedikit pendapat dan apa yang saya rasa tentang kehidupan setelah berusia 23 tahun.Di dalam kehidupan sedar tak sedar kita sering berada dalam ketakutan. Ada manusia takut kehilangan harta,ada manusia takut kehilangan kuasa, ada manusia takut kehilangan orang tercinta, ada manusia takut ketinggalan ilmu. Jadi kehidupan kita,kita tidak dapat lari daripada ketakutan.

Pada saya antara semua ketakutan,ketakutan paling saya takuti adalah kehilangan orang tercinta, kerana bagi saya semua ketakutan lain boleh di ganti atau di cari. Tetapi kehilangan orang yang di sayangi dan di cintai tiada ganti. Kita mungkin kehilangan mereka kerana harus berpisah atau mereka pergi meninggalkan kita dahulu menghadapi Ilahi. Kehilangan ini memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita, ada setengah daripada kita dapat melangkah ke hadapan dan terus kan kehidupan,ada setengah daripada kita masih tersekat di dalam memori dan tidak mampu melangkah, walaupun sudah melangkah tetapi kita tidak melupakannya. Memang susah untuk di fahami hanya orang yang melalui tahu betapa peritnya untuk melupakan satu memori yang terpahat di hati dan akal fikiran. 

Kadang terfikir apakah salah kita ?sering kali kita di pisahkan?mungkin tidak cukup kah usaha yang dilakukan ? atau kita kurang memahami kehendak mereka? tetapi bila di fikirkan balik itu adalah pilihan mereka. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk terus bersama kita jika mereka tidak mahu.Kita terpaksa melepaskan mereka pergi walaupun kita berasa terlampau sedih. Ini hakikat kehidupan dunia, ketakutan menjadi pilihan kita sendiri. Kita sering takut dengan benda yang tak pasti. Sedangkan pekara yang pasti jadi tidak kita endahkan. 

Moga di beri kekuatan untuk menghadap segala ketakutan.