Wednesday, November 9, 2016

TERBANG


"Tak semua yang kita nak senang dapat, kadang kadang kita mencari jauh dan luas, sedangkan jawapannya dekat disisi. Kita mengejar kehendak kita, tapi kita tidak seharusnya mencari kesalahan atau memilih kesenangan hidup semata semata tanpa mempelajari daripada pekara lepas. Dan walau apa apa pun kelemahan diri kita masih belum terlambat untuk di baiki."

Kadang kadang rasa nak keluar daripada kehidupan sekarang nie, pergi jauh daripada sini negara lain orang lain suasana lain semua benda lain, cari ketenangan. Tapi macam lari daripada masalah plak mcmtu kan? ke tak haha.

Tapi kali rasa down, aku rasa video nie memberi satu sumber inspirasi supaya kita tak boleh mengalah dalam hidup, banyak lagi pekara harus di lihat dan di lalui. Jauh lagi perjalanan kehidupan ini jika dizinkan Oleh Allah. Banyak lagi perlu di pelajari, manusia datang dan pergi. Yang mana ada bersama sehingga akhirnya di kasihi, mana tinggalkan di separuh jalan kita doakan terbaik.

Terus cekal dan terbang tinggi,
Abdul Majid
9/11/2016
12.11 am


Wednesday, October 19, 2016

Komplikasi Diri.


Assalamualaikum kepada blog yang di cintai, sudah lama tidak menulis banyak yang terbuku di hati. Banyak juga air mata yang telah mengalir. Tak salahnya rasanya kalau menangis walaupun lelaki kan? Sebab semakin meningkat dewasa banyak benda yang di fikirkan, yang sedang di lalui akan di lalui dan sebagainya.Semenjak dua menjak nie hati gelisah, mungkin kerana noda dan dosa yang di lakukan dalam peningkatan usia. Dulu masa budak budak ingat seronok sangatlah jadi dewasa nie, rupanya baru tahu makna dewasa ini harus berpura dalam kebahagian.


Semakin meningkat dewasa, sepatutnya makin dekat dengan Tuhan, mencari jalan jalan yang menuju kebahagiaan. Hanya dengan menemui Tuhan bahagia itu akan tercapai itulah hakikat sebenar kehidupan. Terlalu agungkan cinta manusia, sehingga terlupa Pencipta Cinta. Cintai lah Allah s.w.t kerana cintanya terhadap kita tidak pernah kurang, DIA tidak pernah mengecewakan kita, DIA tidak pernah memulangkan permintaan kita dengan tangan kosong.

Bagaimana takdir boleh berubah dengan doa? pertama sekali kita kena tahu Pengetahuan Allah tidak pernah silap. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tahu setiap insan akan masuk syurga atau neraka. Tetapi Allah tetap memberi peluang kepada kita, untuk menjalani kehidupan. Allah memberi peluang untuk kita memilih baik dan buruk. Allah sudah tahu apa yang kita pilih dalam hidup ini.Kadang kita pelik kita tidak pernah pun meminta kehidupan yang kita jalani, tetapi Allah sudah tahu itu adalah pengharapan kehidupan yang kita mahukan.


Selagi mana di berikan kehidupan esok, jangan pernah kecewa dengan apa yang di lalui. Ianya adalah pengajaran daripada Allah s.w.t. lalui dengan meminta kekuatan daripada Allah. Berdoa agar di beri kekuatan. Moga Tuhan mempermudahkan segala urusan anda semua, Moga Allah memberikan rahmatnya semua kepada kita.


19/10/2016
Abdul Majid

Wednesday, September 28, 2016

Fear is Choice.

Assalamualaikum apa khabar semua? harap semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga dan rakan rakan tercinta. Saya ingin kongsi kan sedikit pendapat dan apa yang saya rasa tentang kehidupan setelah berusia 23 tahun.Di dalam kehidupan sedar tak sedar kita sering berada dalam ketakutan. Ada manusia takut kehilangan harta,ada manusia takut kehilangan kuasa, ada manusia takut kehilangan orang tercinta, ada manusia takut ketinggalan ilmu. Jadi kehidupan kita,kita tidak dapat lari daripada ketakutan.

Pada saya antara semua ketakutan,ketakutan paling saya takuti adalah kehilangan orang tercinta, kerana bagi saya semua ketakutan lain boleh di ganti atau di cari. Tetapi kehilangan orang yang di sayangi dan di cintai tiada ganti. Kita mungkin kehilangan mereka kerana harus berpisah atau mereka pergi meninggalkan kita dahulu menghadapi Ilahi. Kehilangan ini memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita, ada setengah daripada kita dapat melangkah ke hadapan dan terus kan kehidupan,ada setengah daripada kita masih tersekat di dalam memori dan tidak mampu melangkah, walaupun sudah melangkah tetapi kita tidak melupakannya. Memang susah untuk di fahami hanya orang yang melalui tahu betapa peritnya untuk melupakan satu memori yang terpahat di hati dan akal fikiran. 

Kadang terfikir apakah salah kita ?sering kali kita di pisahkan?mungkin tidak cukup kah usaha yang dilakukan ? atau kita kurang memahami kehendak mereka? tetapi bila di fikirkan balik itu adalah pilihan mereka. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk terus bersama kita jika mereka tidak mahu.Kita terpaksa melepaskan mereka pergi walaupun kita berasa terlampau sedih. Ini hakikat kehidupan dunia, ketakutan menjadi pilihan kita sendiri. Kita sering takut dengan benda yang tak pasti. Sedangkan pekara yang pasti jadi tidak kita endahkan. 

Moga di beri kekuatan untuk menghadap segala ketakutan.


Sunday, July 31, 2016

Say Something.




Assalamualaikum and good evening, apa khabar dear bloggy? i mitchuuu a lott. Lama jugak lah tak update, sebab takde masa dan internet yang menyedihkan. Sekarang nie pun update dekat cyber cafe. So as usual life goes whatever happens, so many things happen this year, i think i can write a book about my life yang baru 23 tahun nie.

So now we are in the last day of 31 July 2016, tomorrow will be August. Then only 4 month left untuk habis 2016. Umur 23 tahun banyak fikir pasal kehidupan dan masa depan jee. Mengisi masa lapang dengan keluarga dan rakan rakan, kalau nak cerita bahagian sedih memang haihhh sedih sangat. So bahagian sedih tu kita lupakan jelah dan belajar untuk move on. Memang bukan senang nak move on, habis takkan nak duduk fikir pasal benda dah lepas sedangkan orang lain sedang berlari mengecapi kebahagiaan mereka. Come on bro mari kita lupakan tentang pekara yang dah lepas and create new memories ! Kerja ? tahun nie dah 2 tahun 7 bulan berlalu Monday to Friday 9 am to 6 pm itu dekat Job description lah, tapi balik pukul aku je tahu blergh haha. 

Love ? i don't what to say about this feeling anymore. Kadang aku pelik macammana orang boleh lupakan semua benda macamtu jee. Owhhh tapi adalah something good happen even do sedih. Dalam setiap kesusahan yang di lalui pasti ada kemudahan. Tuhan pasti akan mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik, now i have to stay focus and make it happen. Kalau jadi Alhamdulilah, kalau tak jadi kita usaha sampai jadi. Nak pergi Kelantan naik bas ke? hmm haha okay bye.

Actually i have no much time, I will get back soon. Aku kena banyak membaca sebenarnya aku rasa. Baru boleh tulis banyak benda. Aku doakan semua orang bahagia dan mencapai cita cita mereka, yang mana masih bercinta sila cepat kahwin nanti terlukaaa haaa taktau. Semoga di permudahkan semua urusan ! Assalamualaikum :D


Thursday, June 2, 2016

Doc and Pizza.




Pluspoints.
  1. Doctor
  2. Pizza
  3. Egypt
  4. Tall
  5. Bibir Tebal
  6. Kening Tebal
  7. Gambar Telekung
  8. Dalaman Wanita Luaran Lelaki
  9. Understanding
  10. Believe in no commitment no disappointment
  11. Kelate Bohh !
  12. Food Lover
  13. Cats
  14. Usrah
  15. Masuk Air
  16. Tak pernah Mengecewakan.
  17. Satu pekara ini rahsia haha.
  18. Mystery
  19. Squat
  20. Comforter
Thats all for now, i will try best too know more haha.

^____^

  



Unknown Title.


Assalamualaikum how are you dear blog? i hope you are doing well when i'm not around. It has been 3 months since my last post on 30 march. Harinie tarikh 2 June how fast time flies. So much things happen in a half of a year people come and people go. Some people stay some just go away and i feel how short life is. At has been a very busy life belajar, kerja and sometimes i feel so damn tired like want to quit all of it at one time.
But i cant quit like that, only cowards blame people when they feel want to fail. Is was not people choice, it was my decision to take the risk. So i will take the risk and move on with courage and strengthens. I was really stress for last few week going home late for. Keluar kerja 730 pagi balik 11 malam? how lifeless i fee. Balik buat assignment then tidur.
I was thinking a lot of thing, financial problem, if want to quit this job can i find another job? Then i realize i was too stress out. I need a full stop for all of this.
I forget three things in my life, Redho and Bersabar, Bersyukur. Three things that you need the most in life because life will hit you until you have to stand on your knee, that is life. Sebab Tuhan dah kata orang berjaya di dunia adalah orang orang yang bersabar. Redho atas pemberiannya dan belajar bersyukur dan dia akan tambahkan lagi rezeki.
 I think i have to take easy, slow down all the things, start from the beginning and i'm not going to give up i will face it. Even how hard is going to be, i will make it done. May God bless me with His Mercy and Kindness. 


Abdul Majid
1223 am
2/6/2016

 
 
 

Wednesday, March 30, 2016

Ada Masa


Ada masa aku rasa macam mengalah dalam hidup, aku pun taktau kenapa.
Macam ada kurang je, tapi aku taktau apa yang kurang.
Hari hari kena buat benda sama, orang sama rasa macam di kongkong oleh masa dan manusia.

Aku tak rasa bebas, Ada masa itu lah aku rasa.

Ada masa aku rasa macam takde ruang untuk di isi, aku cuba mengubah ruang tapi ruang tu terlampau sempit untuk di ubah.Ada masa, aku dah jumpa apa yang aku cari tapi apa yang aku cari bukan milik aku rupanya.Bukan aku tak usaha, cuma masa selalu menang dengan aku.

Ada masa aku cuba lupakan, tapi manusia tak beri peluang untuk aku lupakan.
Aku rasa aku jauh tersasar daripada tujuan asal.

Ada masa aku teringat, Pencipta aku lagi percaya dekat aku daripada manusia sekeliling aku.
Ye Memang tepat sekali,sebab Pencipta aku Yakin dengan ciptaanya.
Masa Dia cipta aku, Dia cakap dengan Malaikat


"Kau tidak Tahu Apa Yang Aku Tau"

Ada masa aku kecewa sangat apa yang terjadi dekat aku, tapi aku tak salah kan siapa tapi aku kecewa
Biasalah aku pun manusia, bukan senang nak lupa semua benda.
Tapi aku tau apa yang terjadi semua peringatan ujian dan pengajaran supaya aku tak ulangi.
Terima Kasih Tuhan.

Ada Masa, aku sedar aku pun manusia aku seronok tengok bila ada seorang seorang sentiasa di sisi di saat kau suka dan duka. Tapi aku lupa Tuhan ada lebih dekat daripada urat aku dengan aku, Yea Tuhan Dia ada dengan kau saat kau gelak dan tawa. Cuma kau terlepas pandang syahdu kasih sayang dia sebab kau jarang berirama dengan Dia.

Ada Masa, manusia sering mematahkan jarang membina kerana nama mereka MANUSIA.
Ada Masa, aku rasa layak ke aku nak panggil Tuhan? Dosa aku banyak sangat malunya aku dengan Tuhan. Tapi Tuhan pernah berkata jangan sesekali berputus asa ! Teruslah meminta kerana Dia suka dan tidak akan mengecewakan.Semoga semua dosa kita di ampunkan.

Di balik rahsia semalam, ada malam yang bisu.
Malam itu, Malam 2/3 waktu meminta.
Malam itu sungguh syahdu, kerana tangisan menjadi iramanya.
Hadir Roh di Kalbunya Nur mencapai di seketul daging itu.

Di Mana Dia Nur Muhammad ? Nur Muhammad ada di setiap Salam.
Di mana Dia Ya Rahim Ya Rahman? Ianya ada di dalam tangisan.

Moga Malam itu, kau berjaya menitiskan tangisan.

Salam.

Abdul Majid Bin Seeni Abdul Kader
30/3/2016
12.36 am






Monday, February 15, 2016

Islam Pada Nama Sahaja?



Pernah tak dalam hidup kau cuba jadi orang islam betul betul? Eh bukan islam ke aku selama nie? kita memang islam, tapi islam kita cuma pada nama sahaja. Sebab dalam dunia moden nie, bila kau cuba hidup mengikut undang undang islam, ajaran islam, budaya islam kau akan di pandang ketinggalan zaman mundur dan lain lain.
Kehidupan menjadi seorang islam sejak dahulu adalah penuh cabaran dan perjuangan, Jika pada zaman moden dahulu sudah di cerca di maki, di pinggirkan apa lagi pada era permodenan zaman ini. Zaman di mana manusia mampu berhubungan tanpa batasan, bersua tanpa pertemuan hanya di kaca teknologi mengunakan papan kunci.
Antara mengikuti kehidupan islam yang sebenar adalah menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w, antara sunnah Rasulullah s.a.w makan di dalam ta'am iaitu makan beramai ramai, cuba kalau zaman nie kau cuba pratikkan benda tu? orang akan cakap ish tak geli ke? bersih ke makan banyak tangan? macam macam persoalan wujud di pemikiran manusia. Bersugi, juga antara pekara yang tidak pernah di tinggalkan oleh Rasulullah s,a,w zaman sekarang orang nak bersugi pun malu cakap tak bersih lah geli lah apalah.
Aku pernah cakap dengan bos aku, Bos saya cuba ikut cara hidup islam sepenuhnya. Tapi saat saya cuba ikut cara hidup islam saya di tindas, di pergunakan orang mengambill kesempatan sebab apa? Bos aku cakap itu lah ujian dan dugaan yang di lalui oleh Rasulullah s.a.w bagaimana beliau menghidap semua tu dengan penuh kesabaran hanya bergantung pembalasan daripada Allah.Beliau tidak mengharapkan atau yakin kepada manusia kecuali pada Allah.
 Islam ini datang dalam keadaan asing dan akan kembali juga dalam keadaan asing, beruntunglah bagi mereka yang berada dalam keadaan asing itu. Berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnah Seperti mana kau gigit satu benda dengan gigi graham kuat jangan lepas. Kita harus ubah diri kita sedikit demi sedikit ubah yakin kita daripada manusia kepada Allah. Kerana Allah yang berkuasa ke atas langit dan bumi jika DIA berkata Kun Fa ya Kun maka terjadilah, henti lah meminta kepada manusia tetapi minta kepada Allah s.w.t. Harinie kita harus membawa manusia untuk berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t lagi dan lagi, kita harus Ubah yakin manusia, hancurkan Berhala di dalam hati manusia yang mempertuhankan Jawatan, Wang, Wanita, Kemewahan kesenangan dan lain lain.
 Apa yang saya cakap ini, bukan untuk menyalahkan sesiapa, tapi untuk kita semua kerana kita dipertanggungjawabkan atas satu sama lain, kelak pada hari penghakiman Raja Seluruh Alam tiada lagi cubaan, tiada lagi peluang kecuali bicara anggota badan. Jika Allah SWT bertanya wahai Si Fulan mengapa engkau tidak menegur Si fulan daripada melakukan kesalahan sedangkan engkau tahu pekara itu tidak betul? Bukankah Amar makruf Nahi Mungkar yang aku ajarkan? Apakah jawapan kita kepada Raja Seluruh Alam? Kehidupan yang abadi keseksaan dan kebahagian yang tiada pengakhiran. 
Aku pun bukan sempurna mana, dosa aku sendiri terlampau banyak kalau Allah buka aib aku depan manusia aku rasa tak tau nak buat apa.Banyak pekara yang terjadi dalam hidup aku dalam perjalanan meningkat dewasa nie tapi semua aku anggap sebagai pengajaran. Ayuh sama sama  kita usaha  lagi dan lagi, perbaiki solat, jangan tinggal jemaah dekat masjid kepada yang Lelaki kita usaha Janji Allah itu pasti ! Moga di ampunkan segala dosa kita semua dan di permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.





 Abdul Majid
10.33 pm
15/2/2016

Wednesday, February 10, 2016

Kehidupan Yang Akan Berlalu.


Assalamualaikum, tiap kali aku tulis blog aku cakap benda sama lama tak tulis blog.Rindu dekat blog. Memang betul aku rindu gila kot nak menulis , sebab aku memang minat menulis. Sedar tak sedar dah 23 tahun aku hidup atas muka bumi nie sukar,suka,duka,gembira semua aku lalui. Dalam setiap kesulitan Allah mempermudahkan segalanya. Cuba kau tengok diri kau siapa 5 tahun lepas? 10 tahun lepas dan siapa kau sekarang dekat mana Allah letak kau? Hebat kan sebab tu kita kena belajar erti bersyukur, manusia yang sentiasa bersyukur dia akan merasai rasa cukup.
Kehidupan pun berlalu, dulu masa 12 tahun nak mainan, umur 18 tahun nak kebebasan bila capai umur 20 tahun  nak kan sebuah kehidupan. Kehidupan yang bakal berlalu. Selaju angka bergerak semakin besar tanggungjawab di pikul.Sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak sebagai seorang pekerja begitu besar tanggungjawab yang Allah beri kepada kita.

Sebenarnya aku patut post benda nie pada 3/1/2016 tapi sebab kan takde idea nak tulis apa, sedar sedar dah 10/2/2016. Cepat sungguh masa berlalu kan? Cepat lagi manusia berubah hati dan haluan opss.Kalau kau perasan lah kan ramai orang yang cakap akan bersama dengan kau saat susah dan senang telah lama pun meninggalkan kau, atau kau ada janji nak susah senang bersama mereka kau pun lupa. Sebab apa? sebab kita MANUSIA. Kau boleh ingat? atau pun kira berapa ramai manusia yang dah hadir dalam hidup kau? ada yang mengembirakan ada yang menduka citakan tetapi semuanya ada pengajaran.

Ia kehidupan ini bakal berlalu, apa pun terjadi pada hari ini atau pun semalam kehidupan ini tetap akan berlalu, kerana dunia ini adalah tempat persinggahan kau takkan dapat putar kembali masa untuk ke situ. Cuma aku nak ingatkan satu benda je, jangan letakkan keyakinan atas manusia 100% sebab manusia suka pada perhatian,pemberian, keselesaan, pujian, kesenangan, manusia boleh bila bila masa. Ubah yakin tu, yakin kepada Pencipta berapa ratus nak letak pun tak kisah sebab Tuhan takkan kecewakan kau. 

Idea aku macam terbantut sikit untuk menulis sekarang,yelah 1 bulan ada 30 hari. 20 hari aku bekerja 10 hari lagi kadang kadang aku ada kelas. Sorrylah kalau post post aku mengecewakan eh. Minta maaf doakan aku berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, aku doakan benda yang sama untuk korang.


People will let you down in this life,promises will be broken,you should expect less of others and trust more in yourself. (Hussain Anwar)