Monday, February 15, 2016

Islam Pada Nama Sahaja?



Pernah tak dalam hidup kau cuba jadi orang islam betul betul? Eh bukan islam ke aku selama nie? kita memang islam, tapi islam kita cuma pada nama sahaja. Sebab dalam dunia moden nie, bila kau cuba hidup mengikut undang undang islam, ajaran islam, budaya islam kau akan di pandang ketinggalan zaman mundur dan lain lain.
Kehidupan menjadi seorang islam sejak dahulu adalah penuh cabaran dan perjuangan, Jika pada zaman moden dahulu sudah di cerca di maki, di pinggirkan apa lagi pada era permodenan zaman ini. Zaman di mana manusia mampu berhubungan tanpa batasan, bersua tanpa pertemuan hanya di kaca teknologi mengunakan papan kunci.
Antara mengikuti kehidupan islam yang sebenar adalah menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w, antara sunnah Rasulullah s.a.w makan di dalam ta'am iaitu makan beramai ramai, cuba kalau zaman nie kau cuba pratikkan benda tu? orang akan cakap ish tak geli ke? bersih ke makan banyak tangan? macam macam persoalan wujud di pemikiran manusia. Bersugi, juga antara pekara yang tidak pernah di tinggalkan oleh Rasulullah s,a,w zaman sekarang orang nak bersugi pun malu cakap tak bersih lah geli lah apalah.
Aku pernah cakap dengan bos aku, Bos saya cuba ikut cara hidup islam sepenuhnya. Tapi saat saya cuba ikut cara hidup islam saya di tindas, di pergunakan orang mengambill kesempatan sebab apa? Bos aku cakap itu lah ujian dan dugaan yang di lalui oleh Rasulullah s.a.w bagaimana beliau menghidap semua tu dengan penuh kesabaran hanya bergantung pembalasan daripada Allah.Beliau tidak mengharapkan atau yakin kepada manusia kecuali pada Allah.
 Islam ini datang dalam keadaan asing dan akan kembali juga dalam keadaan asing, beruntunglah bagi mereka yang berada dalam keadaan asing itu. Berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnah Seperti mana kau gigit satu benda dengan gigi graham kuat jangan lepas. Kita harus ubah diri kita sedikit demi sedikit ubah yakin kita daripada manusia kepada Allah. Kerana Allah yang berkuasa ke atas langit dan bumi jika DIA berkata Kun Fa ya Kun maka terjadilah, henti lah meminta kepada manusia tetapi minta kepada Allah s.w.t. Harinie kita harus membawa manusia untuk berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t lagi dan lagi, kita harus Ubah yakin manusia, hancurkan Berhala di dalam hati manusia yang mempertuhankan Jawatan, Wang, Wanita, Kemewahan kesenangan dan lain lain.
 Apa yang saya cakap ini, bukan untuk menyalahkan sesiapa, tapi untuk kita semua kerana kita dipertanggungjawabkan atas satu sama lain, kelak pada hari penghakiman Raja Seluruh Alam tiada lagi cubaan, tiada lagi peluang kecuali bicara anggota badan. Jika Allah SWT bertanya wahai Si Fulan mengapa engkau tidak menegur Si fulan daripada melakukan kesalahan sedangkan engkau tahu pekara itu tidak betul? Bukankah Amar makruf Nahi Mungkar yang aku ajarkan? Apakah jawapan kita kepada Raja Seluruh Alam? Kehidupan yang abadi keseksaan dan kebahagian yang tiada pengakhiran. 
Aku pun bukan sempurna mana, dosa aku sendiri terlampau banyak kalau Allah buka aib aku depan manusia aku rasa tak tau nak buat apa.Banyak pekara yang terjadi dalam hidup aku dalam perjalanan meningkat dewasa nie tapi semua aku anggap sebagai pengajaran. Ayuh sama sama  kita usaha  lagi dan lagi, perbaiki solat, jangan tinggal jemaah dekat masjid kepada yang Lelaki kita usaha Janji Allah itu pasti ! Moga di ampunkan segala dosa kita semua dan di permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.





 Abdul Majid
10.33 pm
15/2/2016

No comments:

Post a Comment