Tuesday, January 31, 2012

Kehendak ;)




Err Assalamualaikum aku nak cerita pasal Ahad Lepas.Ahad Lepas aku pegi Ceramah Ustaz Azhar Idrus Kat Shah Alam Selepas Berhempas Pulas Gaduh dengan Ayah.Haha dia Kalah dan bawak Jugak aku Pergi.Ceramah dia best gila kot orang ramai Gila 30 ribu orang?tak ke banyak tu?Tapi sayang sekali aku tak dapat tengok dia depan2 aku dah cuba duduk depan tapi dapat belah tepi jee brrr

Ceramah dia best gila Orang semua suka Lelaki perempuan Tua muda Budak kecik semua ada.
Aku amik bahagian Kehendak Allah eh?Okay Setiap pekara yang terjadi bah akan terjadi Ada lah Kerana Allah.Ia berlaku tepat pada Masanya
SETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi bahkan yang akan terjadi adalah dari kehendak Allah

Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi, di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi Di alam Akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat, alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Allah pada azali lagi

Ia berlaku tepat pada....

masanya, tepat pada tempatnya, tepat pada keperluan makhluk-Nya, tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya Bersetentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya, pendengaran-Nya, penglihatan-Nya

Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, berlaku dengan kehendak Allah, bukan pula Allah menimbang-nimbang Maha Suci Allah daripada menimbang-nimbang, kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia


Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Allah, berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya pada azali lagi Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali

Dengan kehendak Allah setiap benda yang terjadi bukan dengan pertimbangan semasa, Maha Suci Allah Kerana Allah sudah sedia tahu setiap masa makhluk-Nya Ia terjadi adalah berdasarkan kehendak Allah pada azali lagi sesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-Nya


Dengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan, pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula Kalau kehendak Allah ada bermula, sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya

Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-Nya Kehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain, tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-Nya Sifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula Kalau begitu, satu sifat Allah sahaja kita faham, betapa hebatnya

Sungguh Maha Besar, Maha Agung,
Maha Tinggi, dan Maha Suci
Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu sudah terasa agung-Nya Allah

Monday, January 30, 2012

Art?

Life is like a art if you draw Your Life beautifully the Drawing Will become The most Expensive and most Valuable thing For you.But If you let your drawing become Just Another Blank Paper Without Colors and the place for it is a Dustbin.Don't Waste your live,Don't Be scared To take Decision Someday Some how you will have to take a decision.Because who might know the decision that you make today might Be the most important decision you have made for your future.


P/s:It's choice - not chance - that determines your destiny.



-my english sucks-

Sunday, January 29, 2012

29.1.2012 ;)

If I had to live my life without you near meThe days would all be emptyThe nights would seem so longWith you I see forever, oh, so clearlyI might have been in love beforeBut it never felt this strong


Our dreams are young and we both knowThey'll take us where we want to goHold me now, touch me nowI don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easyOur love will lead the way for usLike a guiding starI'll be there for you if you should need meYou don't have to change a thingI love you just the way you are

So come with me and share the viewI'll help you see forever tooHold me now, touch me now
I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love forNothing's gonna change my love for you
p/s:Err ;)

Saturday, January 21, 2012

Cukup sempurna kah?

Kadang Kadang aku terpikir Aku ada hak ke nak tegur orang?Cukup Sempurna kah aku Nak menulis tentang agama?Yea Memang aku tak sempuna Yea Aku sembahyang pun tak cukup Aku tak sehebat Mereka mereka yang pasal agama di Luar sana Tetapi aku Cuba untuk merubah ke arah Jalan Allah tidak salah kan?Mesti mereka yang ada diluar sana Cakap?"Kau dah single takde Couple Boleh lah kau cakap macam macam".Mesti ada kat luar sana Cakap'Kau ingat kau tulis kat blog macamnie kau dah cukup sempurna'?dah cukup hebat kee?Aku menulis Bukan kerana nama Bukan kerana suka Aku menulis kerana Allah.Adakah kita nak jadi Jahil selama lama nya sedang kan

A
llah Berfirman:Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.


Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.


Demi tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu.

Jadi mari lah kita sama sama Berubah kerana allah biarlah apa orang nak pikir pasal Kita
janji kita tau apa yang kita buat ;)


P/s:Islam itu Indah.

Jiwa Kami Kosong?


'Hang pa sambung Gaduh Masalah selesai sendiri'
'aku tak tau camne nak expect lelaki kawal nafsu nangis pun tak terkawai'
"memang kami takpernah nak amik tau pasal politik sebab otak kami dah penuh dengan bullshit politik macam hangpa."

Politik: Satu Satu masalah tu takkan selesai kalau dua dua pihak asyk salah kan satu sama lain
Cuba satu Pihak tu mengalah dan Beri ruang kepada satu Pihak tu plak.Pendapat saya.

Nafsu;Nafsu?Bukan salah lelaki bukan salah Perempuan kalau kita tau batas Pergaulan Semua nya terletak kepada individu tersebut jika kita tau balasan nya Jika kita tau Dunia ini hanya lah persinggahan,Jika kita tau kita ada Dosa dan pahala Jika kita tau Hidup Ini sementara
Jika kita tau Kita nie orang Islam ada batasnya.Lupakah kita bagaimana nafsu itu tercipta?

Allah pun berfirman, “Wahai nafsu, menghadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab sepatah kata pun malah mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi, “Siapakah engkau, siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama ratusan tahun di neraka yang sangat panas!

Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman, “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama ratusan tahun di neraka yang sangat dingin!

Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman lagi,”wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Lalu Allah berfirman,”Masih begitu juga engkau nafsu?” Lalu Allah masukan lagi nafsu ke neraka selama ratusan tahun dan dilaparkan! Setelah itu Allah berfirman kepada nafsu,”Wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhanku.

p/s:Jadi terletak di tangan kita semua nya buat lah pilihan yang terbaik.

Thursday, January 19, 2012

Good try Guys Aku sokong.!




Alhamdulilah Pelajar pelajar malaysia Semakin Mencelik Mata
^____________^


P/s:Teruskan membuat Video video Begini ;)
Couple itu?pikir sendiri.

Wednesday, January 18, 2012

Cool.


P/s:Cinta pada manusia ada Penamatnya Cinta Kepada Nya Tiada Penamatnya ;)

bukan kawan baik?

Harinie tarikh 18.1.2012 Maka dengan segala rasmi nya Kawan saya Aizz hahaha telah berumur 19 tahun.Saya kawan dengan dia dah 13 tahun lama tak ?lama kan lama sangat saya kenal perangai dia dari dulu sampai Laa nie.Nie cik nak habaq mai dia Orang kedah kan?campur Bengkulu hehe.Dia dah Berpunya dan tak single harap Maaf dan dia Mempunyai Seorang Girlfriend yang sangat baikk.Faiz merupakan seorang yang sangat Cool dan Romantic dia tak pernah marah kalau dia marah dia akan diam,Dia juga merupakan seorang yang sangat pemurah maklum lah anak Seorang kan?Putera kepada Ainorisa dan pakcik Roni Nie sangat Hensem brrr Ramai orang Suka dia sebab Kening dia?apa yang ada kat kening dia ?aku pun taktau, ramai awek yang nak tackle dia haha.Tanpa kitaorang sedar,masa bergerak begitu pantas tak sangka Jodoh kitaorang kuat Sampai belaja Diploma pun satu tempat?cool kan?Alhamdulilah.Dia juga merupakan Teman sekatil Teman semandi saya suatu masa dahulu kau pernah mandi dengan kawan kau?aku pernah Dengan kawan aku Bernama Faiz haha.Dia Juga merupakan Cucu Imam di sg.choh ku nak kecek bengkulu dey boley lah?haha.Aku sangat bersyukur kerana dapat kenal dengan dia sebab dia akan buat aku gelak hari hari ;)
Saya berharap Cik Fatin dapat menjaga kawan saya nie dengan hati yang tulus ikhlas hehe.

P/s:Aku harap betul2 aku dapat jadi pengapit kau haha kau dah janji kan?haha
Pastu kau jaga awek kau elok elok bukan senang nak dapat Gf baik macamtu zaman sekarang
Kau pakai purple harinie dating aku suka haha.
Lagi kau dah 19?macam tak percaya
Aku harap kita dapat kawan sampai nyawa berpisah dari badan hehe.
Dia bukan kawan Baik tapi Sahabat Sehidup Semati ;)
Lastly:

HAPPY BIRTHDAY JOE ;)

Monday, January 16, 2012

Wanita Sepatutnya

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

P/s:Wanita bukan lah untuk disanjung2 kan untuk dipijak2 kan Sebagai seorang lelaki kita haruslah Membimbing Mereka =)

janji Iblis



"Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"
…Ini janji dia di depan Allah swt.

P/s:ini bukan Janji depan Mahkamah dalam Masjid Buat Sumpah Laknat
Ini Janji Iblis Didepan Allah.

Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w


Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.” Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata:“Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”

Rasulullah saw lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab: “ Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.

“Siapa yang memaksamu?”

“Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Orang yang dibenci Iblis

Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”

“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah saw.
“Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt.”

“Lalu Siapa lagi?”
“Orang alim dan wara’ (loyal)”

“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudu’nya).”

“Siapa lagi?”
“Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”

“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”

“Selanjutnya apa?”
“Orang yang bersyukur”

“Apa tanda kesukurannya ?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.

“Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar?”
“Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

“Umar Bin Khattab ?”
“Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan).”

“Usman Bin Affan?”
“Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

“Ali Bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah swt)

Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat hamba terebut.”

“Jika seorang umatku berpuasa ?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”

“Jika ia membaca Al-Qur’an?”
“Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api”

“Jika ia bersedekah?”
“ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

“Mengapa bisa begitu ?”
“ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang dijalan Allah.”

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).”

“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar diwaktu siang dan malam.”

“Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah walhal tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).”

“Apa yang dapat merusak wajahmu?”
“Shalat fajar.”

“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Shalat berjamaah.”

“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majlis para ulama.”

“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”

“Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?”
“Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku).”

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba”

“Siapa sahabatmu?”
“Penzina”

“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk”

“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)”

“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai”

“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”

“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas

Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu.”

“Iblis segera menjawab: “Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Kau bisa berbahagia dengan ummatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).”

“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”

“Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

Iblis dibantu oleh 70 000 anak – anaknya

Iblis berkata lagi: “Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama’. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah.”

“Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.”

“Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”

Iblis berkata lagi: “Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah

ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.”

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya.”
Berkata lagi Iblis tersebut: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

Cara Iblis Menggoda

Iblis menyambung ceritanya: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai,isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, iaitu Cerai.”

Iblis menyambung: “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘solatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul?”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.”

Iblis menyambung lagi: “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.”

Iblis berkata kepada Rasulullah: “Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?”

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: “Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”

“10 macam”

“ Apa saja?”

“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.

Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan” (Qs Al Isra :64).

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.”

“Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.”

“Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku.

Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).

“Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan,” aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata lagi: “Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda,”

“Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” (nafi makhluk, Isbatkan Allah)

Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.

Silat Ke Model ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBbbA7ZbcaGYTtXCx8bcV1cd3Jwyi1qUb9wYhSKS4jlHbqhTMcv8e5io3vz9DztAvjdy2Y5dO-2izk-Vr871Cyzr1Ljn9fBIzf1QrDtqEiU-jy4UrdPXx1k6qxzW7bk7JsqaWigv-5kGk/s1600/l.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2ri84zbBzRek-2wX2BOEqETMmNzYsTAnZP2LUKwPf1siHxoVvLHkC62No08vqiMoJXwFmvv-eDx8dPeZNSpbLRI8_leUD__p6D9xXYbqj9mtVmhVei0JOmY2a_8Qy07yjDHo4beKEBmw/s1600/DSC01672.jpg

Owh First Impression Aku hahahaha Serius gelak gila Tengok Kau,Bila ada Make up kat Muka kau,Kau bayang kan lahhh semalam kita kawan aku tak penah tgk kau Pakai make up tiba tiba berMake Up Pastu kau Bayangkan dulu kau lah budak Silat Badan Paling kecik kan?sekarang kau Model badan Kecik plak hehe.Cool Amoy Kau semakin Menjadi Wanita hee Good nanti dapat Boyfriend Hensem 2 hehe.Aku rindu kat kau best tengok kau dapat Sambut Birthday dengan kawan kawan matrik kau Plus Jealous?haha.Aku segan nak Jumpa kau Sebab Present kau aku tak Jumpa lagi Tapi before Chinese new year nie aku cari okay;)
Tapi paling penting Anjakan Paradigma kau semakin Hebat,Aku minta maaf weyh sebab banyak lukakan hati kau.Kau mesti dah Jumpa besties lagi bagus dari aku kan?brr i hope she or he can take of you better than me.Tapi Bagi aku kau lah Besties aku sampai Bila Bila =)



P/s:Raya Cina Balik make sure ada Hari Untuk aku
aku pun cari hari Untuk kauuu hehe ;)

Tuesday, January 10, 2012

Head Banging

P/s:Behind Ever Men's Smiles There Is a Meaning
Behind every Men's Tears there Is a Meaning to.

Sunday, January 8, 2012

Tafsir.




Allah berfirman dalam surah as-Syura, ayat 30 yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.”


p/s:aku lah salah orang.

Saturday, January 7, 2012

Hurt.

Be careful with your words. Once they're said, they can only be forgiven, not forgotten.
i hurt people with words because i don't no how to have a conversation with peolple i love when they are happy they are madd.I don't no how to express my feeling i am just another stupid guy in a relationship
-done-


p/s:I am sorry for hurting you.I didn't mean anything i know girls hates to talk about their past and i just made you remember about your past=(

Friday, January 6, 2012

jodoh?


P/s:Haha serius best gila weyh cuba Korang Play jeee=)

Kisah nie terbalik plak?

Ada seorang pemuda bernama Alqomah di masa Rasulullah s.a.w. Pemuda ini rajin beribadat dan banyak bersedekah. Tiba-tiba dia sakit dan amatlah berat sakit yang dihidapinya. Isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w untuk menyatakan yang suaminya sedang sakit tenat dalam keadaan nazak sakaratul maut. Setelah orang itu memberitahu kepada Rasulullah, lalu baginda menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Amar r.a pergi melihat Alqomah dirumahnya dan menyuruhnya mengucap Laa ilaha illallah.

Malangnya lidah Alqomah tidak mampu mengucap kalimah itu. Para sahabat sudah dapat merasakan yang Alqomah pasti akan meninggal dunia dan mereka menyuruh supaya Bilal memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah bertanya: Apakah dia masih mempunyai ayah dan ibu? Jawab Bilal: Ayahnya telah meninggal dunia sedangkan ibunya masih hidup tetapi sudah terlalu tua.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal : “Ya Bilal pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan salamku kepadanya, dan katakan kepadanya : Jika kau dapat berjalan pergilah kepada Rasulullah s.a.w dan jika tidak dapat maka Rasulullah akan datang ke sini. Jawab ibu Alqomah, “sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w.” Lalu dia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk ke rumah Nabi s.a.w. Sesudah memberi salam dia duduk di depan Nabi s.a.w .

Nabi s.a.w bertanya: Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepadaku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku. Bagaimana keadaan Alqomah? Jawabnya Alqomah rajin beribadat dan sembahyang, puasa dan sedekah dengan banyak sehingga tidak diketahui berapa banyaknya. Nabi s.a.w bertanya: Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia? Jawabnya: Saya murka kepadanya. Ditanya: mengapa? Kerana dia mengutamakan isterinya lebih daripadaku, dan menurut kepada isterinya dan menentangku. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap: Laa ilaha illallah.

Kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal supaya mengumpulkan kayu dengan sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: Ya Rasulullah, tidaklah dapat hatiku menerima puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku. Rasulullah s.a.w bersabda: Hai ibu Alqomah, siksa Allah lebih berat dan kekal. Oleh itu, jika kau ingin Allah mengampunkan dosa anakmu, maka relakanlah ia (kau harus redha kepadanya). Sesungguhnya tidak berguna dia sembahyang dan bersedekah sedangkan engkau murka kepadanya.

Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangannya dan berkata: Ya Rasulullah, dengan bersaksikan Allah dan kau Ya Rasulullah dan sesiapa yang hadir ditempat ini bahawa aku telah redha pada Alqomah. Maka, Rasulullah pun menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Alqomah samada dia sudah boleh mengucap Laa illaha illallah atau belum. Baginda khuatir jika ibu Alqomah mengucapkan kata-kata itu hanya kerana malu kepada Rasulullah dan bukanlah dengan seikhlas hatinya. Ketika Bilal sampai di pintu rumah Alqomah, tiba-tiba terdengar suara Alqomah mengucap Laa illaha illallah. Bilal masuk ke dalam rumah lalu berkata: Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang telah menutup lidahnya sehingga tidak dapat mengucap kalimah syahadat dan dengan redha ibunya kini telah melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari itu.

Maka datanglah Nabi s.a.w dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. Ketika di kubur, Nabi s.a.w berdiri di tepi kubur sambil berkata: Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah dan tidak diterima segala amalan fadhu dan sunnatnya.


P/s:Selama baru mak cerita pasal kisah yang sama cuma tu isteri tak taat kepada suami,Nie anak lelaki tak taat kepada ibu dia.