Saturday, January 21, 2012

Cukup sempurna kah?

Kadang Kadang aku terpikir Aku ada hak ke nak tegur orang?Cukup Sempurna kah aku Nak menulis tentang agama?Yea Memang aku tak sempuna Yea Aku sembahyang pun tak cukup Aku tak sehebat Mereka mereka yang pasal agama di Luar sana Tetapi aku Cuba untuk merubah ke arah Jalan Allah tidak salah kan?Mesti mereka yang ada diluar sana Cakap?"Kau dah single takde Couple Boleh lah kau cakap macam macam".Mesti ada kat luar sana Cakap'Kau ingat kau tulis kat blog macamnie kau dah cukup sempurna'?dah cukup hebat kee?Aku menulis Bukan kerana nama Bukan kerana suka Aku menulis kerana Allah.Adakah kita nak jadi Jahil selama lama nya sedang kan

A
llah Berfirman:Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.


Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.


Demi tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu.

Jadi mari lah kita sama sama Berubah kerana allah biarlah apa orang nak pikir pasal Kita
janji kita tau apa yang kita buat ;)


P/s:Islam itu Indah.

No comments:

Post a Comment