Wednesday, May 21, 2014

Banyak Dah Berlalu.





Assalamualaikum ! SubhanAllah Apa khabar blog kesayangan blog kemanjaan?Harap hang berada dalam keadaan yg sihat sejahtera selalu. Hang mesti rindu aku kan, Lama tak menulis cepat sungguh masa berlalu semalam Upsr,esoknya Pmr Lusanya PMR buka mata SPM tutup Mata dah habis Diploma !

Tak terucap dan terungkap 2014 sedang bergerak dengan begitu pantas.Sedar atau tidak kita sudah mahu masuk pertengahan tahun 2014. Banyak sangat benda berlaku dalam masa 5 bulan
Nak tulis semua macam panjang sangat dan boring tkde best mana pun.


Tamat Hidup sebagai seorang pelajar sampai ke Diploma?Itu satu berita yang mengembirakan sebab bukan mudah nak survive dalam laut yang dalam penuh dgn sampah,Ikan berbahaya dan Pelaut yang menangkap ikan.Tapi aku berjaya lah sampai ke hujungnya dengan berenang penuh perancang. Masa aku practical aku sedar,aku dah masuk alam pekerjaan apa yang aku harus lakukan ? fikiran aku celaru sepanjang aku pratical sebab apa?aku dapat tawaran kerja dekat situ tapi otak aku cakap kena kerja,Hati aku cakap buat benda yang kau minat?atau sebenarnya kau malas? ahh cerita nie boring aku dah pun tolak tawaran kerja tu Move on please !

Lagi apa?Aku tengah keliru sebenarnya,keliru nak tulis apa. Hidup aku macam terumbang ambing kadang2.
Rasa macam betul ke apa aku buat nie?Umur makin meningkat. Tapi aku yakin Allah akan membantu hambanya yang bersabar dan bertawakal dlm pada masa yg sama kena berusaha.

Tiap kali aku baca kisah Agung Baginda,aku terasa adakah aku lalui sesuatu yang lebih berat yang di lalui oleh baginda?Adakah aku di beri ujian lebih berat daripada yg diberikan kepada Baginda s.a.w? Tidak sama sekali walau sekecil zarah tidak sama sekali.Tetapi beliau melalui segala ujian dan kesusahan dan sabar dan bertawakkal kepada Allah. Beliau adalah contoh terbaik Sepanjang zaman. Semoga di beri kekuatan seperti mana di berikan kpd Beliau.


-Abdul Majid-