Wednesday, September 16, 2015

Suluhkan Cahaya.



Dia berada dalam kegelapan seorang diri , dia mencari siapa yang sudi menemaninya dalam kegelapan itu.Ruangnya terlampau sempit dia hanya mampu berpusing sedikit demi sedikit mendengar orang memanggil manggilnya dari luar.Tapi hanya suara kedengaran tiada bayangan pun yang dia nampak.

Setelah berbulan bulan dalam kegelapan akhirnya dia berjaya keluar,matanya begitu sakit untuk melihat cahaya,kerana dia sudah biasa berada dalam kegelapan.Air matanya mengalir begitu banyak dia hanya mampu suarakan tangisan,kerana hanya itulah satu satunya bahasa yang dia tahu. Dia berjaya memaksa dirinya dan membuka mata yang di pajamnya.Dia melihat orang sekelilingnya gembira menyambut dia daripada kegelapan hatinya berbisik mungkin mereka ini bakal menyuluhkan cahaya untuk dia berjalan.

Sedang dia fikir tentang cahaya,tiba tiba dia terdengar satu suara laungan di telinganya,hati nya bergetar jantungnya berdegup pantas pandangan matanya semakin jelas dia dengar orang membisikan di telinganya mari menuju kejayaan berkali kali dia dengar bisikan itu di telinganya.Hatinya semakin bercahaya setelah laungan itu di habiskan.Cahaya yang pertama dia dapat setelah berbulan berada dalam kegelapan.

Dari gelap menuju terang, bukanlah sesuatu pekara yang mudah,kerana setelah bebulan berada di dalam kegelapan akhirnya dia di kurniakan cahaya dan petunjuk jalan.Hari semakin berlalu dia semakin membesar akan tiba masa dia mengenali kegelapan semula dan sakitnya mencari cahaya tanpa bantuan.Semoga dia bersedia menghadapi sebuah kehidupan yang penuh pancaroba.


Abdul Majid
16/9/2015