Thursday, September 26, 2013

Sudah Berlalu.


Assalamualaikum.


Apa yang kau renungkan lagi?Harinie Sudah pun berlalu tiada guna di tangisi lagi
Esok Bakal menjelma sudah kah engkau sedia untuk menghadapinya?
Jangan Kau Kufur nikmat yang diberi Percuma Jangan Kau lupa janji yang diberi.

Dia masih berjalan ke hadapan berteman Mimpi yang tidak kembali
Dia Masih berjalan ke hadapan walaupun jatuh berkali kali
Dia Yakin Pada Janji Rabb Nya Kerana ini semua Hanya sementara.

Segala Kenikmatan sudah Diberi Tetapi Masih Merungut lagi.
Bila Lagi nak belajar Bersyukur Takkan sudah sempurna baru nak Terima Kasih?
Manusia Lupa Manusia Alpa Makin diberi Makin diminta.

Masa semakin berlalu Pantas tidak menunggu engkau Selamat Tinggal diucapkan semudah perkataan
Usia semakin ditelan zaman Sudah cukupkah Amalan?
Semoga kau diberi kekuatan untuk menghadapi Dugaan
Hidup Ini tidak mudah seperti yang disangkakan


Nukilan Isi Hati dan Tulisan Daripada Hati yang Berkocak ketakutan
Tunjuk berani padahal takut cuma berharap pada ilahi ;')


11.31
Majid