Sunday, February 24, 2013

Errr.





Semenjak Dua Menjak Ini Aku mencari Fungsi kewujudan tidak Mempersia siakan kehidupan.
Ada Masanya aku takut aku tersilap membuat keputusan,Tetapi aku gagahkan diri melangkah Ke hadapan.
Aku tahu aku hanya manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.Langit begitu biru tiada siapa cuba memahami disebalik langit ada lagi 7 lapisan.Ditiupkan Roh ke dalam jasad untuk menunaikan janji yang diikat tapi manusia buat buat lupa.


Air Laut bergelora adakalanya tenang.Kelihatan diam tidak berbicara tapi apabila berkocak dasarnya maka akibatnya sangat berat untuk dibayangkan.Manusia bertelingkah kerana Berbeza pendapat?fahaman atau ajaran sedangkan didalam jasad masing2 mengalir darah yg berwarna merah.Diciptakan oleh Tuhan yang satu Allah.Aku menjadi Anak muda yg kebingungan apabila mereka 2 yang lebih dewasa dari aku petah berbicara tetapi tidak hebat bertindak.



Anak Muda seangkatan ku ada yang hanya ikut telunjuk,ada yang tidak ambil peduli asal perut kenyang boleh menari sudah memadai untuk mereka.Tanggungjawab sebagai Khalifah diabaikan.Tutup mata sebelah buka peti bawah masukkan ganjaran semua jalan.Kini aku mengerti tanggunjawab aku,sebagai pelajar,anak dan kelak sebagai seorang suami bukan untuk berdiam tapi untuk berjuang demi Janjikan sebelum aku dicipta dan dihantarkan ke dunia.



Penipuan demi Penipuan dilakukan penindasan secara halus digunakan.Adakah mereka lupa kepada yang Maha Melihat?Maha Berkuasa sedang memerhatikan mereka?Owh mereka lupa kepada Mahkamah yang tiada jaminan,tiada peguam untuk mereka kelak.Tidak ada seorang pun akan terlepas.


-Penulisan Jalanan-