Wednesday, October 19, 2016

Komplikasi Diri.


Assalamualaikum kepada blog yang di cintai, sudah lama tidak menulis banyak yang terbuku di hati. Banyak juga air mata yang telah mengalir. Tak salahnya rasanya kalau menangis walaupun lelaki kan? Sebab semakin meningkat dewasa banyak benda yang di fikirkan, yang sedang di lalui akan di lalui dan sebagainya.Semenjak dua menjak nie hati gelisah, mungkin kerana noda dan dosa yang di lakukan dalam peningkatan usia. Dulu masa budak budak ingat seronok sangatlah jadi dewasa nie, rupanya baru tahu makna dewasa ini harus berpura dalam kebahagian.


Semakin meningkat dewasa, sepatutnya makin dekat dengan Tuhan, mencari jalan jalan yang menuju kebahagiaan. Hanya dengan menemui Tuhan bahagia itu akan tercapai itulah hakikat sebenar kehidupan. Terlalu agungkan cinta manusia, sehingga terlupa Pencipta Cinta. Cintai lah Allah s.w.t kerana cintanya terhadap kita tidak pernah kurang, DIA tidak pernah mengecewakan kita, DIA tidak pernah memulangkan permintaan kita dengan tangan kosong.

Bagaimana takdir boleh berubah dengan doa? pertama sekali kita kena tahu Pengetahuan Allah tidak pernah silap. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tahu setiap insan akan masuk syurga atau neraka. Tetapi Allah tetap memberi peluang kepada kita, untuk menjalani kehidupan. Allah memberi peluang untuk kita memilih baik dan buruk. Allah sudah tahu apa yang kita pilih dalam hidup ini.Kadang kita pelik kita tidak pernah pun meminta kehidupan yang kita jalani, tetapi Allah sudah tahu itu adalah pengharapan kehidupan yang kita mahukan.


Selagi mana di berikan kehidupan esok, jangan pernah kecewa dengan apa yang di lalui. Ianya adalah pengajaran daripada Allah s.w.t. lalui dengan meminta kekuatan daripada Allah. Berdoa agar di beri kekuatan. Moga Tuhan mempermudahkan segala urusan anda semua, Moga Allah memberikan rahmatnya semua kepada kita.


19/10/2016
Abdul Majid