Saturday, January 19, 2013

Terlupa ?


Umur semakin meningkat diri semakin tua Kudrat semakin lemah Ruang makin sempit
itulah yang aku amat takuti saat ini


-Aku takut tak dapat jadi hamba yang baik kepada Allah
-Aku takut tak dapat menjadi Umat yang baik Kepada Rasulullah s.a.w
-Aku takut aku tak dapat jadi Anak yang soleh kepada Kedua ibu bapaku
-Aku takut tidak dapat menjadi seorang adik dan abang yang baik kepada kakak dan adikku.
-Aku takut tak dapat menjadi sahabat yang baik kepada rakan2 ku.
-Aku takut kelak aku tidak dapat menjadi Seorang Suami yang baik kepada isteri ku.
-Aku takut aku tidak akan dapat menjadi seorang Ayah yang baik kepada Anak2 ku.


Kerana masa berjalan hari demi demi saat demi saat,sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh.Dunia ini hanya tempat persinggahan dan aku ingin menjadi seorang pengembara yang berjaya ditempat persinggahan ku sebelum aku kembali ke tempat asal aku.Disaat aku berada dalam kegembiraan di hati kecil ku bersuara"majid lupakah kau kenapa kau dihantar dan dilahirkan ke dunia ini?dan di saat itu aku akan terdiam seketika dan aku berasa apa yg sedang aku lakukan ini?Ini semuanya sia sia.Disaat dimensi membuta kan mata aku hanya mendiamkan diri dan menyendiri.Aku cuba memperbetulkan semua kesalahan ku sedikit demi sedikit Walaupun ada kalanya aku tergelincir dari landasan,Aku bangkit semula dan bergerak di atas landasan tersebut.Pepatah arab mengatakan anda adalah hamba kepada apa yang anda cintai.Jadi harinie cuba kita fikir apa yang cintai?Adakah wang?harta?pangkat rupa dan wanita?Jika itu yang kita cintakan maknanya hati kita kosong yakin kita kepada Allah tiada.


Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.
(HR Bukhari dan Muslim)


Sudahkah kita mencintai Rasulullah?seperti beliau katakan?Allahu malunya diri ini jika tidak dapat menjadi Umat beliau yang hebat.


Sinaran Matahari menyinari dunia tetapi Islam akan menyinari hidup kita !
Islam adalah satu
Islam adalah cara kehidupan dari semua aspek
Allah Adalah tuhan Esa


Manusia harus berfikir fikir hari demi hari,kita pula yang sudah diberikan hidayah ini harus mendoakan supaya semua orang mendapat hidayah jangan pentingkan diri sahaja !Jadi marilah kita penuhkan hati kita dengan cinta kepada Allah dan Rasul dulu kemudian baru yang lain2 sama sama kita menuju kejayaan
Tiada jalan lain dah kecuali berpegang kepada Al Quran dan Sunnah untuk berjaya ! InsyaAllah

-Salam Maghrib-


Wednesday, January 2, 2013

SAYONARA JAHILIYAH.

.
OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH



-Mato punya Ayat atas tu-





Assalamualaikum Apa khabar semua?agak lama jugak saya tak tulis Blog kan?maafkan saya hee.Pertama sekali saya nak Ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yg Membaca Blog saya.Sebenarnya Ana dah tkde Idea nak tulis apa hehe.

Jadi apakah azam 2013 anda?Semoga anda Menulis Azam itu dan lakukanya jangan sekadar lafaz Dibibir Sahaja.







Hari demi Hari Masa berlalu lihat pada diri kita?Adakah kita duduk pada keadaan yg sama atau kita telah anjakan paradigma dalam Hidup kita?Rasulullah Bersabda:Celakalah orang yg buruk harinie daripada semalamnya.Jadi mari kita melakukan penghijrahan berperingkat bagi mana rasa susah untuk berubah sekali gus,dan kepada yg boleh ubah terus tu lagi Bagus.





Kini kita sudah berada di tahun 2013 dunia semakin tua,Kita semakin tua kedua duanya sedang menanti saat kehancuran yg tidak dapat digambarkan.Jarak kiamat hanya beza diantara dua jari sahaja iaitu jari tengah dan telunjuk.tak silap ana atau itu lah usia bumi.Allah s.w.t Tidak jadikan kita selain untuk menyembah kepadanya kita Mematuhi semua suruhan Allah tiada Alasan untuk kita mengingkarinya.Rasulullah s.a.w adalah Role modal kita ikutlah Ajaran Baginda kerana Baginda Adalah orang yang Berjaya didunia dan Akhirat.







2013?Masih tak berubah?Mari lah kita melakukan Penghijrahan Sampai bila kita duduk dalam kelekaan dan kealpaan dunia?Dunia ini tempat kita singgah jee tunggu masa jee kita nak kembali kepada Alam nyata kita.Malaikat mengintai kita 70 kali sehari agak agak kita nak mati dalam keadaan macamana itu pilihan kita.Allah bagi kita Akal fikirlah yang mana baik dan Buruk Cari lah Ilmu agama Nescaya engkau Akan memahami kata kata ku ini Dunia dan segala isinya tiada nilai di sisi Allah ! Kau dan aku hanya di cipta bersebab apa sebabnya?Kau carilah sebab itu Kehidupan didunia ini akan menuntutkan kesengsaraan atau kebahagian yg engkau akan perolehi pada penghujung nya.Kawal lah Nafsu mu kerana Nafsu sentiasa inginkan keseronokan Berjihadlah ! lawan nafsu Mu


Kini tiba masanya untuk kita kembali menegakkan Syariat islam ! Kita Anak Muda Kena Membantu Memperjuangkan Agama Islam kalau bukan kita siapa lagi?Jangan Kita lupa di akhirat Kelak ada Mahkamah tuntut Menuntut?Nanti mereka yang kafir akan berkata:Kami tidak pernah dengar tentang islam takde orang yg datang meyampaikannya kepada Kami?adakah pada haritu Kau mampu menjawah didepan Ya Rabbul Alamin?Allahu renungkanlah :(


Akhirat kata dari saya;Tingkatkan Keimanan banyakkan berzikir kerana ianya membersihkan Hati ! Hati adalah kunci amalan kita.

Assalamualaikum :')