Wednesday, June 12, 2013

Keris Sempena Riau.



Assalamualaikum mula bicara Ampun beribu ribu ampun pada yang Maha Esa.
Datang Hamba ini membawa kisah,kisah didunia penuh berduri.
Langit terbentang luas cantik rupa dari paras.

Guruh berbunyi dilangit kilat sabung menyabung
tetapi belum pernah membelah bumi
Pantang diangkat kaki yang sudah diletak biar bertempur sehingga ke akhirnya.
Kecil jangan jangan disangka Anak besar jangan disangka bapak
kerana kekuatannya hanya diri ini yang tahu.

Sampan sudah berada disungai dayungnya sudah berada ditangan
Apa lagi yang tunggu wahai anak muda ayuh dayunglah sampan mu
sehingga ke hujungnya walaupun badai melanda walaupun ribut melanda 
gagah dirimu menghala ke lautan,lautan kehidupan di dunia.

Kadang Airnya jernih kadang airnya kotor
Buang yang jernih amik yang keruh kerana ianya dinamakan kehidupan
Ditabur bunga di atas pusara Ditabur fitnah itu manusia
Mana hilang panduan Kitab Mukjizat Mana hilang Nasihat hebat?

Ampun hamba beribu ribu ampun pada yang Maha Esa.
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut menghadapi dunia jangan menjadi manusia.
Manusia itu berbagai rupa berbagai perangainya hadapi mereka dengan bijaksana.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Berusahalah dulu untuk berubah barulah lihat Hasilnya
Namapun manusia apa yang nak ditakutkan dengan kegagalan
jika gagal sekali bangkit lah beribu kali.

Ampun beribu ribu pada yang Maha Esa

Syurga Menanti bagi yang mencari !
Jadikan dirimu mukmin yang sejati wahai Anak Muda !
kehidupan didunia belum berakhir selagi jantung mu 
mengepam darah ke seluruh badan.



-Seruan -
-1.56  pagi-
-Abdul-




No comments:

Post a Comment