Thursday, May 30, 2013

Harapan + Manusia + Tuhan + Aku + Dosa + Pahala.



Assalamualaikum Manusia apa khabar harap semuanya berada di dalam keadaan baik,Harap Iman makin bertambah,Amal makin banyak syurga menanti Neraka di lupakan Bagi Malaikat kanan banyak kerja malaikat kiri biarkan rehat sudah cukuplah tu bagi malaikat kiri penat dia menulis pasal kita.Harapan apa itu Harapan?Ibu bagi harapan kat anak sebuah nyawa setelah mengandung 9 bulan,dan harapan itu menjadi kenyataan.Seorang Suami berjanji untuk menanggung dosa isterinya dan dia akan menanggungnya sejurus sahaja dia melafazkan kalimah keramat aku terima nikahnya.Cikgu janji nak bagi A kalau belaja betul2 dan budak2 tak belaja pun betul2 harapan tak menjadi kenyataan.Dalam Hidup nie berapa ramai manusia menaruh harapan antara satu sama lain?Berapa ramai yang berjaya menyelamatkan harapan itu?Itu Harapan Manusia.


Tapi Ada satu harapan Harapan yang dahsyat yang paling extraordinary iaitu harapan manusia yang dia letak pada Tuhan,Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba dia,Tuhan tidak Pernah memungkiri janji dia,Neraka ada 7 Syurga ada 7.Tiap tiap pagi Sinaran Mentari pasti terkena kat muka dan kau akan bangun dari tidur itu Harapan kau agar esok dapat melihat sang Mentari lagi.Malam Bulan pasti akan keluar menerangi langit yang gelap kiamat pasti akan datang kerana telah tertulis didalam kitab mukjizat ! Pada manusia yang melakukan kebaikanan ada berjuta beribu atau tidak terhitung oleh jari nikmat yg bakal dia perolehi dari Tuhan,dan pada yang melakukan kejahatan beribu dan berjuta atau tidak terhitung oleh akal fikiran kesusahan kesengsaran yang bakal dia hadapi.Tuhan mungkin lambat memberi apa yg dikehendaki oleh manusia tapi adakah manusia terlupa mungkin kamu suka benda tu sedangkan benda tu tak de kebaikanan untuk kamu dan sedangkan kamu tak suka benda tu tapi benda tulah yg akan memberi anda kebaikanan.



Aku siapa?Akulah manusia yang menaruh harapan pada manusia tu aku lah Manusia yang sering tertipu oleh manusia aku terlupa aku terleka oleh kebahagian dunia ini.Tapi pada suatu hari aku terjatuh dan aku lihat semuanya gelap dan aku terdengar suara?Wahai manusia lupakah kamu pada janji kamu?Siapa tuhanmu?Siapa Nabi mu?Apakah kiblatmu ? Apakah Agamamu? Apakah pegangan iktikad mu?Badan terbujur kaku memikirkan jawapan?owh tidak ini bukan ujian didunia Ini Ujian Alam sesudahnya kalau amal tiada jangan bermimpi untuk menjawabnya.Terkejutku dan terbangun dari kegelapan itu ku terdengar dugupan jantung ku melihat sekeliling aku masih bernyawa Tuhan masih memberi aku peluang untuk kembali.Mulai saat itu aku membuang egoku aku menunduk kepadanya aku bersujud dan meletakkan dahi di atas tanahnya.Adakalanya aku berjaya adakalanya aku gagal tapi aku tidak pernah berputus asa aku meletakkan harapan kepadaNya bahawa dia yang Maha pengampun Maha pengasih dia lebih mengenali Hambanya yang lemah yang hina ini,tak kala awan menjadi gelap aku duduk di dalam bilik menitiskan air mata mengenang dosa dosa yang aku lakukan,tetapi aku teringat walaupun dosa aku sebanyak antara bumi dan langit Dia mampu mengampunkannya itu HARAPAN aku.


Manusia yang pandai beragama apa yg dia tahu bukan semua tapi segelintir dia hanya tahu menghukum,dia tidak pernah mengambil tahu siapa orang dia menghukum bagaimana latar belakang keluargannya,tidak semua orang datang dari  keluarga beragama sepertinya,Setiap manusia mempunyai zaman kegelapan masing2 jgn menghina mereka tapi berilah mereka Peluang dan Harapan ! aku juga salah seorang dari Manusia yang berdosa itu.Jangan hanya pandai memberi Amaran belajarlah untuk memberi harapan,berusaha membantunya bukan lari dari masalah.Hope and fear are like pair of wings you have to use both to fly ingat tu.Kita nie manusia jangan menghukum siapa aku ada dosa kau ada dosa.Yang mampu kita buat adalah nasihat menasihati cuba dgn pelbagai cara baru betul,Ketika Rasulullah di hina di caci di maki di lukai beliau tidak mendoakan sebarang keburukan untuk mereka tetapi berdoa agar Allah mengampunkan Mereka.Kita pergi usrah kita pergi dengar ceramah bukan untuk kita sorang untuk semua kita kena selamatkan semua orang,semua orang nak masuk syurga tapi ada yg tak jumpa jalan kita kena tolong dorang.Manusia jadi baik bukan takut kepada tuhan saja tapi dia berharap agar apa kebaikan yg dia lakukan akan di balas oleh Tuhan.Semua manusia tak sempurna sebab ada pensel ada pemadam pen ada liquid paper ingat tu itu je dari aku fikir dulu sebelum menghukum orang selamat Malam.

p/s:Jika Agama gagal menawarkan harapan 
ianya Bukan dari Tuhan.



-Manusia -
-11.41-
-30.5.2013-

Sebelah Sayap.

Genius !
Brilliant !
Daie Moden !

Tuesday, May 21, 2013

Gagal tak mungkin.


Aku taktau nak cakap dekat siapa,Aku dah mengadu pada yg Esa kini kau tempat kedua aku bercakap.Wahai Blog ku.Harinie Aku exam First day paper Business com paper tu okaylah,And the next paper was Law paper mula pukul 2.15 tapi aku mula jawab pukul 4 sebab aku tgk kertas,kertas tgk aku aku menangis kenapa aku tak ingat apa2 nie? :(


Aku menyesal,aku sedih tapi masa tak dapat berulang kembali semua dah berlalu aku pun taktau apa yg aku tulis dalam kertas tu.Aku taknak repeat paper tu nanti kena extend sem aku nak grad on time ! tolonglah jgn gagal paper Law Ya Allah :'(


Keluar dari dewan aku fikir apa yg aku dah buat nie?aku diam aku menangis aku takut mak sedih aku taknak benda tu jadi Doakan aku lulus paper tu bye 5 paper more left.


P/S:Menyesal.

Thursday, May 16, 2013

Aku.


Aku sering di persalahkan
Aku yang sering diperkatakan
Siapakah Aku,Aku sendiri tidak tahu.

Dilahirkan daripada Dua orang Insan 
Keluar dengan tangisan disambut dgn kegembiraan
Aku melihat sekeliling penuh kegembiraan


Kini Aku kian meniti sebuah kehidupan
yang hanya aku memahami suka dan dukanya
Biar apa yang mereka perkataan 
ini adalah hidup ku
Kisah Aku.



-Majid-
-1.11 a.m-




Tuesday, May 14, 2013

Yang tersurat Penuh Tersirat.



Mereka berkata aku mendiamkan diri
tetapi jiwa ku meronta tidak terkata
Adakah aku bisu untuk berkata
Sedangkan manusia hebat berbicara

Kita berkongsi Kiblat yang sama 
tetapi kita berlawan pada masa yang sama
Bangsa menjadi pilihan manusia
sedangkan Tiada apa nilai disisiNya

Mereka mengatakan Jiwa muda 
berkata tanpa berfikir sedangkan
kami mengunakan Akal dan hati 
Mana Hilang kepercayaan ini

Kita datang tidak membawa apa
sedangkan kita pulang membawa dosa dan Pahala.
Kita semua ciptaaNya tetapi kau membezakannya.

Bermata tapi buta itu manusia
diberikan hati tetapi dihitamkannya dgn dosa.
Sudah cukup penderitaan ini Marilah kita menuju Ilahi.





-Majid-
-1.02 a.m-
-Aku je faham Isi dia-











Sunday, May 12, 2013

Hebat.


Aku tanggalkan topi
Malam ini aku duduk di beranda
Bersedia membelah tengkorak
Selepas sebatang rokok ini.
Fuhh.. 

Lega menyedut racun buat aku penuh bersedia.
Lalu aku koyakkan kulit kepala.
Menggergaji tengkorak aku.
Penuh waspada otakku ambil keluar.


Sekrang otakku penuh dalam dua telapak tangan.
Darah menderas leleh.
Bila aku menjulang tinggi otakku.

Aku lepaskan, biar ia terbang
Ke tingkat - tingkat yang paling atas.
Ke lapisan ke tujuh, lapan, sembilan.
Suka hati kau lah otak.  

Jaga.
Bila kau pulang otak,
Pastikan kau otak yang baru
dan aku disini.
 
Menuggu, tidak berotak. 


-Zahiril Adzim-




Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini.


{Pesan Rasulullah} Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : 
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : 
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : 
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


sumber utama: Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/pesan-rasulullahjangan-kahwini-6-jenis.html#ixzz2T3n5orpD