Saturday, March 31, 2012

Terkilan.



Bila jiwa disemai benih Berutas Cinta
Manusia kian Lupa Cinta pada sang Pencipta
Tak peduli dan Lupa Cinta pada mahluk hanya lah dusta Semata-mata.
Bila Nafsu menguasai jiwa Semua Yang Haram Jadi Halal


Perbalahan Berlaku Semua yang Dilakukan Betul
Diri tidak Sempurna dan Belum Cukup Untuk Menilai Manusia
Kerana Cinta Ku pada Manusia Masih Takpernah Hilang
Manusia Bernama Wanita.


Bulan Bercahaya Menyinari Seluruh langit Yang Gelap
Begitulah Kehadiran Seorang Lelaki dalam Hidup Wanita.
Memimpin Wanita Ke Jalan Bercahaya dan percaya.
Aku telah memilih Yang Benar.

Cinta pada rupa akan Tua
Cinta Pada Tubuh akan Rosak Cintailah Pada hati Dan Iman
Nafsu Bergelora membetulkan pekara yang salah Membutakan Mata hati
Semaikan rasa Cinta Kepada Allah dan Rasul sebelum kepada Mahluknya.

Jawapan Yang Dicari akan Temui Setiap Yang Hidup akan Mati
Setiap masalah ada Penyelesaian nya
Setiap permulaan ada Penamat

Berhenti Memberi Alasan dan Buat Keputusan.



Nukilan
Abdul Majid,



Saturday, March 24, 2012

Wanita.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


p/s;Jangan Salahkan lelaki Jangan Salahkan Perempuan.

Tuesday, March 20, 2012

Masa Dan Majid.

Assalamualaikum hee lama tak cerita cerita macam biasa kan?Selalu korang baca entry Mesti rasa bosan eh?sorrylah kalau membosan kan tapi tu semuakan Bekalan kita untuk akhirat,Aku kena jalankan tanggungjawab aku ke atas saudara islam Sebab kena utama kan hak orang lain dulu dalam islam.Owh masa berlalu begitu pantas kan?tanpa kita sedari umur aku lah dah 19 korang bape?mesti macam2 umur ada haha.Dalam kehidupan aku 19 tahun some people stays some people are gone?is my english that bad?haha,back to the story aku dah menulis 19 tahun kisah kehidupan aku dan bila sampai ke umur yang 19 nie baru aku rasa aku berada di landasan yang betul.Dalam cerita kehidupan aku Takde siapa mati watak dia sebab bagi aku,setiap daripada mereka penah bagi senyuman untuk aku Ukir dalam Hidup aku.Mungkin selama ini aku lalai dengan kealpaan dunia Terlalu percaya kat dunia sehingga Lupa kepada dunia yang kekal abadi.Kini masanya untuk berubah ke arah yang Sepatutnya insyaallah.Kadang kita melakukan dosa tanpa kita sedari dan apabila kita sedari kita kenalah memohon Taubat kepada allah supaya allah mengampunkan dosa kita.Bila aku pandang balik apa aku buat masa sekolah menengah dulu ya allah ruginya kehidupan aku?aku dah bazir kan peluang yang diberi oleh allah.Zikir kosong amalan tak jaga Sembahyang tak cukup subhanallah;(
Sekarang nie aku cuba sedaya upaya jaga tu semua.Owh btway Thanks to allah sebab bagi mereka mereka yang hebat di sekeliling aku,Kadang kadang aku terfikir nak jadi macam remaja biasa untuk mengalami rasa zaman percintaan tetapi itu semua hanya Nafsu semata mata,Yea memang kata kitaorang keluar tak buat apa2 pun tapi Syaitan menjadi orang ketiga ditengah2 bila masa jee boleh tergelincir dari landasan.Aku pernah terpikir nak jugak rasa dating,makan sama sama,jalan sama sama tangkap gambar sama sama ingat aku takde perasaan?Apabila aku fikir balik?teringat kat Mak dengan Ayah penat penat kerah tenaga hantar aku belaja Aku plak bercinta?Owh dosa tanggung sendiri?Lupa ke anak merupakan Amanah allah beri kepada manusia Bila anak melakukan dosa Tak kira Ibu bapa kita hidup ke meninggal ke,akan dipersoalkan nanti disana.Allah berfirman: Dan jgn kamu campak diri kamu dalam kebinasan.Ye lahh aku pun tak sempurna lagi kan?kalau nak tunggu semua manusia sempurna baru nak tegur satu sama lain tunggu sampai kiamat pun takde kesudahanya.Manusia nie dia hidup dalam kelalaian kena Cuit2 sikit bagi dia sedar.Agama islam itu terlalu mudah cuba kita sama sama mendalaminya Pesanan untuk diri sendiri sekali.Aku tak hebat mana pun sebab Ilmu allah nie tak pernah habis dan takkan habis habis.Iman aku pun tak cukup kuat lagi bnyk lagi dosa aku buat sama samalah kita cuba perbaikinya.Insyaallah Amin;)

p/s:Minta maaf jika ada yang terasa.

Tuesday, March 13, 2012

D5100 hee;)

Copy 1

Copy 2



tak lawa lahh sebab bila masuk blog jadi kecik banyak kena belaja lagi ISO
dia brightness brr apa benda lagi kurang eh?kena belaja dengan affin nie.
Copy 1 sebelum edit Copy 2 lepas edit.

p/s:Dah pro boleh Join Ustaz Azhar Digital Mukmin hehe ;)

Pembunuhan?

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj,Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah
pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

Apa sedang berlaku pada zaman ini?budak yang taktau apa2 masih belum pun menanggung dosanya sendiri dibunuh dan dibakar?Hendak salah kan siapa?masyarakat yang tidak perhatian?Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab?Pihak berkuasa yang melaksanakan tugas?takdir yang ditentukan?Tepuk dada tanya selera.Sampai bila pekara seperti ini akan berlaku?Pembunuhan demi pembunuhan?

Kadang kadang saya tertanya tanya mengapa ibu bapa melepaskan Anak seumur 4 5 tahun untuk keluar dari rumah tanpa pengawasan mereka?tidak kah mereka terdengar?terlihat terbaca betapa banyak nya pembunuhan,kes penculikan berlaku pada zaman ini?tapi mereka masih tidak amik prihatin;(
Manusia

“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas

p/s:Saya berharap inilah kanak kanak yang terakhir dibunuh dan selepas ini tiada lagi.
al-fatihah.

Monday, March 12, 2012

Berjuang Di jalanNya;)



Syukur alhamdulilah Tercapai Hajat seterusnya untuk 2012;)
dapat ikut Tabligh walaupun untuk satu hari setengah Tapi saya dah bagi nama Untuk ikut 40 hari tapi bila saya tak tau Cuma saya dah berazam.Subhanallah seronoknya tidur sana walau pun untuk satu malam rasa macam banyak gila ilmu saya dapat.Masjid sri petaling nie merupakan pusat seluruh tabligh dari serata dunia singgah sebelum mereka sambung perjalanan mereka.Ramai juga remaja sebaya saya telah mengikuti mereka.Setiap kali selepas sembahyang mereka akan adakan kuliyah dengan pelbagai cerita.Kalau anda diluar sana dengar nescayanya anda semua akan tinggalkan dunia ini dan ikut mereka.Tetapi di dalam islam duniawi pun perlu ukhrawi pun perlu,orang zaman sekarang ramai salah anggap tentang tabligh,sebab bila dah masuk tabligh mereka beranggap bahawa perlu tinggalkan keluarga dan mengabaikan tanggungjawab tetapi persepsi itu salah Mereka ada pemikiran mereka tersendiri bagaimana hendak membawa diri dan keluarga.Tempat tidur kitaorang sangat sejuk tak pernah dalam hdup rasa sejuk camtu bawak selimut satu alas beg jadi bantal mereka semua tdo hanya untuk sebentar pastu dorang bangun baca quran,Sunat tahajud subhanallah Apalah dunia yang tidak bernilai nie jika dibandingkan dengan dunia kita disana kekal abadi,Yang akan dipertimbangkan segala amalanya Dosa pahalanya,Neraka atau syurga yang akan menjadi rumahnya yang abadi.Sangat bersyukur mempunyai Kawan Seperti Muhammad Khairul adnan kerana ajak kitaorang ikut dia Dan Ismail Peneman terbaik saya.

Firman Allah Taala,
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik... "
“Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain” (H.R. At Thahawi)

p/s:Keluar 4 bulan atau 40 hari minta minta lahh allah izinkan Amin ;)



Sunday, March 11, 2012

adik beradik ;)

barangkali kerinduan ku kepada kamu semuaa yaa
Affin pun sekali ;)
-jejimbits-

Sunday, March 4, 2012

SteamBot ;)

Heee assalamualaikummm harinie Abang makan SteamBot haha dulu tak makan Seafood tapi sekarang belaja makan semua sebab rezeki allah bagi ;)
Sedap gila ada udang,ketam,ayam daging fish ball red bean sayur macam 2 lagi.Lama tak keluar makan dengan family camnie sebab aku selalu tak ikut keluar makan2 camnie.Harinie mak ajak kesian tengok mak,lama tak keluar sekali camnie so taknak luka kan Hati dia saya pun ikut jelahh ;)
dan abang lah CHEF yang bakar kan semua daging ayam tu,udang ketam sotong steam jee best gila dapat masak sebab saya minat masak ;)
Kenyang alhamdulilah for today.



p/s:bila dah kahwin nanti saya nak tolong isteri saya masak ;)