Monday, November 17, 2014

Sunyi.


Kadang kadang aku rasa sunyi, tapi tiada yang menyepi.
Kadang aku rasa siapa yang mengisi rupanya bayangan menyepi.
Aku rindu sunyi yang dulu, Sunyi saat aku berdua dengan pencipta Sunyi.



Friday, October 3, 2014

Aku Dia Dan Tuhan.






Dalam diam aku menyepi mengenangkan langkah tidak terdaya lagi.
Bersembunyi di sebalik kelambu hanya Tuhan yang tahu.
Dosa aku setinggi gunung,tapi aku tak pernah renung.
Aku cuba korbankan,tapi tak tertahan.
Mana Aku yang dulu? Itu soalan bukan kenyataan.

Tuhan ampunkan aku,ini bukan sekadar tulisan tapi rintihan.
Tuhan mengapa aku di uji? kerana aku tahu Engkau Maha Mengasihani.
Aku tulis bukan untuk sedap, tapi supaya aku belajar beradab.
Malam ini aku lemas,Kau beri kan nafas. Bila sudah lega susah yg dahulu aku lupa.


Selamat Malam Sayang, semoga kehadiran kau mengingatkan aku lagi tentang Tuhan.


Saturday, September 13, 2014

Iblis.






Dia makhluk yang Bijak,
Dia makhluk yang bongkak
Dalam diam dia berbisik
Dalam gelap dia berdiri tegak.
Dia makhluk yang bongkak.
Dia datang dari atas bawah kiri dan kanan.
Hidup Gelap tanya cahaya.
Gembira tak terkata di dunia,
Bila sampai di sana tiada guna kerana semua salah sendiri.
Dia hanya berbisik ke mana hilang Cahaya diri sendiri untuk melawan?
Sekarang dia teman kau,esok kau teman dia.
Kau memang Iblis.




Abdul Majid
Cucu Adam.

Saturday, September 6, 2014

Life.










https://kandidlykatie.files.wordpress.com/2013/08/notknowing.jpeg 



Assalamualaikum ! Apa khabaq semua haha harap berada dalam khabar baik rindunya nak menulis rindu angat angat okay gedik kat situ haha. Tapii serius aku rindu nak menulis,bayangkanlah aku tulis blog nie dari sekolah sampai dah kerja sekarang. Kerja? yelah aku dah kerja dah tua kau tau. Masa berjalan pantas sangat aku sendiri tergelak gelak bila baca post post lama aku. Ramai gila orang datang dan singgah dalam hidup aku. Setiap insan yang hadir dalam hidup aku mengajar sesuatu Alhamdulilah.


Kepada yang aku pernah membuat rasa terluka atau apa,aku mohon maaf aku sedang melalui zaman kematangan aku. Maafkan aku sebab libatkan orang. Okay cerita tu dah habis, hidup aku sekarang Alhamdulilah sekarang belajar dah habis sekarang bekerja dan merancang untuk sambung belajar tahun depan InsyaAllah doakan aku.


Hidup tak seindah yang kita sangka?sebab kau tak berusaha untuk mengindahkannya Aku cuba hari hari untuk indahkan hidup aku,ada hari menjadi ada hari tak. Banyak masalah aku fikir, cuba selesaikan sedikit demi sedikit. Aku rindu Tuhan bila malam aku berbicara dalam diam sebab aku tau Tuhan mendengar.


Sebenarnya jadi budak budak lagi seronok,jadi student lagi best. Ingatkan dah dewasa lagi best rupanya hmmm malas cerita lahh nanti korang semua akan lalui jgk hahahaha. Aku mengantuklah nanti aku cerita lagi lahh serius aku mengantuk selamat malam weyhhhh. Sorry cerita habis tergantung ;p



Abdul Majid



Sunday, August 17, 2014

Berani ?



http://zineinfo.com/wp-content/uploads/2013/10/16.jpg

Kita berpisah sebab syariat Tuhan, Dengan Syariat yang sama Tuhan akan satukan kita jika ada rezeki ! :D

Tuesday, July 15, 2014

Salah apa lagi?

Tiap tiap kali mesti Gagal ada sahaja salah ? Semua punca Dari aku atau keadaan sekeliling? Nak menangis ada geram ada  Tuhan uji aku hebat agaknya dosa masa lampau aku di hukum sekarang .  


Sunday, July 13, 2014

Kenapa ?



Kenapa aku bisu ?
Dikala kau menangis.
Kenapa aku rasa keseorangan.

Aku kurang bercakap dengan Kau di kala malam sunyi kenapa?
Pagi terbit fajar tapi aku masih yang semalam kenapa.
Purnama menerangi gelap ku, matahari menyuluh ketenangan dalam kepanasan.

La tahzan kata mereka,tetapi kau mati tiada siapa yang menanyakan mengapa?
kenapa.

Aku keliru, mungkin ini sinopsis hidup yang harus di lalui sungguh berbeza.
Semakin meningkat nombor dalam kehidupan semakin berliku hidup/


Kau faham sekarang kenapa? Aku tak faham kenapa.\

Terima Kasih.





Thursday, June 19, 2014

Seorang Lelaki.

Seorang Lelaki kini telah meningkat dewasa.
Seorang Lelaki yang memikirkan masa depan dirinya.
Seorang Lelaki yang mempunyai tanggungjawab.
Seorang Lelaki yang amanah.

Seorang Lelaki yang tercari tercari.
Seorang Lelaki yang ingin di cintai.
Seorang Lelaki yang mencintai.
Seorang Lelaki yang takut untuk berbicara.

Seorang Lelaki berdiri
Seorang Lelaki yang sujud.
Seorang Lelaki yang nampak Gagah di luar tetapi halus di dalam.
Seorang Lelaki yang terlalu misteri.

Dia lah lelaki yang mencari erti tetapi sudah terbukti masih jauh lagi yang perlu di lalui.
Semoga apa yang di lalui itu semua penuh erti.

10.36 pm
19/6/2014
Beteman Secawan kopi.

Wednesday, May 21, 2014

Banyak Dah Berlalu.





Assalamualaikum ! SubhanAllah Apa khabar blog kesayangan blog kemanjaan?Harap hang berada dalam keadaan yg sihat sejahtera selalu. Hang mesti rindu aku kan, Lama tak menulis cepat sungguh masa berlalu semalam Upsr,esoknya Pmr Lusanya PMR buka mata SPM tutup Mata dah habis Diploma !

Tak terucap dan terungkap 2014 sedang bergerak dengan begitu pantas.Sedar atau tidak kita sudah mahu masuk pertengahan tahun 2014. Banyak sangat benda berlaku dalam masa 5 bulan
Nak tulis semua macam panjang sangat dan boring tkde best mana pun.


Tamat Hidup sebagai seorang pelajar sampai ke Diploma?Itu satu berita yang mengembirakan sebab bukan mudah nak survive dalam laut yang dalam penuh dgn sampah,Ikan berbahaya dan Pelaut yang menangkap ikan.Tapi aku berjaya lah sampai ke hujungnya dengan berenang penuh perancang. Masa aku practical aku sedar,aku dah masuk alam pekerjaan apa yang aku harus lakukan ? fikiran aku celaru sepanjang aku pratical sebab apa?aku dapat tawaran kerja dekat situ tapi otak aku cakap kena kerja,Hati aku cakap buat benda yang kau minat?atau sebenarnya kau malas? ahh cerita nie boring aku dah pun tolak tawaran kerja tu Move on please !

Lagi apa?Aku tengah keliru sebenarnya,keliru nak tulis apa. Hidup aku macam terumbang ambing kadang2.
Rasa macam betul ke apa aku buat nie?Umur makin meningkat. Tapi aku yakin Allah akan membantu hambanya yang bersabar dan bertawakal dlm pada masa yg sama kena berusaha.

Tiap kali aku baca kisah Agung Baginda,aku terasa adakah aku lalui sesuatu yang lebih berat yang di lalui oleh baginda?Adakah aku di beri ujian lebih berat daripada yg diberikan kepada Baginda s.a.w? Tidak sama sekali walau sekecil zarah tidak sama sekali.Tetapi beliau melalui segala ujian dan kesusahan dan sabar dan bertawakkal kepada Allah. Beliau adalah contoh terbaik Sepanjang zaman. Semoga di beri kekuatan seperti mana di berikan kpd Beliau.


-Abdul Majid-




Sunday, April 13, 2014

Iman Bukan Hanya Di Bibir Saja.




Betul kan apa aku cakap? Semakin kita cakap kita beriman dan kita cuba beriman kita akan di uji dgn lebih hebat ! sungguh kena mengena dgn post di bawah

Otak,Hati,Nafsu,Iman dan Akal.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Salam Satu Malaysia err ini bukan ucapan Politik
Ini Ucapan dari penulisan yang duduk di dalam sebuah rumah di dalam sebuah bilik di atas kerusi kayu sambil menikmati secawan Kopi yang berjenama Bru Coffee di buat oleh Seorang Ibu dengan penuh kasih sayang khas untuk anaknya yang tercinta :D



Lama tidak menulis ! rindu menulis kerana itu lah cita cita yang terpendam ada di dalam diri.
Maaflah wahai blog dan pembaca bukan tidak mahu menulis,cuma masa terlalu cemburu terhadap diriku sehingga tidak membenarkan aku menulis sedikit pun.Kehidupan daripada seorang kanak kanak lepas itu ke budak budak dan lepas itu lagi ke remaja dan kini dewasa mungkin?Masa semakin tidak memberi ruang ia cemburu kepadaku atau mengajar ku sesuatu hanya Tuhan sahaja yg tau. 


Kenapa tajuk Otak,Hati,Nafsu,Iman dan Akal?kerana aku tgh melalui keadaan itu.
Otak mengata ini salah,tapi Hati tidak mampu lawan kata nafsu ia mengata ini betul.
Akal masuk campur dengan ilmu yg ada ini berdosa jika di lakukan dan iman di hati mula bertindak sedikit dan memberi ketakutan hati untuk melakukannya.Tapi kadang kalah kadang menang adakah ini normal atau ianya bisikan Makhluk buangan ? Ini dosa tapi masih melakukan?kau tak tau bagaimana perasaan itu susahnya nak gambarkan.

You know is to hard to describe,like people say you are not fit in my shoe is it correct?Semakin kau cuba dekatkan diri kepada tuhan semakin kau di uji. Untuk aku ujian itu tarbiyah menjadikan kau lebih dewasa setiap kali kau berjaya dalam satu ujian. Even the Prophet s.a.w go through hard times sedangkan dia kekasih Allah bukan? Dia di uji dengan pelbagai ujian tetapi kunci kejayaannya terletak di dalam  Solat dan Sabar. Aku punyai satu kunci iaitu sabar tapi kunci satu lagi masih belum boleh di pegang dgn kukuh,walaupun sudah ada di tangan.


Ia punya segala kemungkaran bermula daripada solat,kerana kurang khusyuknya,melewatkannya
ia semua ada lah punca rosaknya solat.Sedangkan Solat itu mengelakkan diri daripada melakukan fasyak dan mungkar. Itu sahaja punca bagi diri ku melakukan kesalahan.Ujian Tuhan begitu hebat tetapi Hadiah yg di sediakan lebih hebat daripada itu.



Aku kena kukuh berdiri tiada guna punca Ilmu jika tiada amal
Tiada guna punca Ilmu jika masih tidak tahu membezakan amar makruf nahi Mungkar.
Every sins that we make you have to feel the regret and then don't repeat it again.

"Sins generate more sins, and one leads to another, until they overpower a man and he finds it difficult to repent from that."
 ;/



good night sweetdreams
To you :)





Sunday, January 12, 2014

Manis?





Hidup tak semanis kau sangka
Dalam Manis mesti kena ada Pahit baru sedap
Dekat Lidah ada 4 bahagian boleh rasa manis pahit masin masam


Tapi dekat Hati manusia dia boleh rasa seribu rasa yang tak kira
Sebab Tu kena jaga hati dengan baik 
Seketul Daging menjadi Raja untuk otak
Urat Tulang Gerakan ! kalau Hati kau cantik 
Maka Semua jalan dengan baik Rosak hati kau
semua jahanam !

Mulut tuhan Bagi satu sebab apa?Sebab dengan satu mulut kau membunuh beribu Manusia
Menipu perasaan orang Rosak kan Hati orang cuba kau bisu?
Memang kau tak dapat nak sembang orang punya .

Aku malas nak taip dah Tuhan Bagi otak suruh Fikir
kalau kau taknak Fikir maknanya kau taknak belajar
kalau kau taknak belajar maknanya kau taknak baca
kalau kau taknak baca maknanya kau Lupa Iqra ! Bacalah.
kau faham apa maksud aku?tak faham sekarang satu hari nanti kau akan faham.

Assalamualaikum !

xoxo





Friday, January 3, 2014

2014.


Assalamualaikum :)
How do i start my entry?Actually aku blank dah lama tak menulis.
Petang tadi aku dah fikir something untuk di tulis,lepas tu lupa -____-
Takpe i will give a try heee.


So dah 2014 ? mesti semua orang ada azam baru kan,macam biasa lah manusia tiap tiap kali
tahun baru ada azam baru,tercapai ke tak tuhan je tau.Tapi aku doakan semoga semua azam korang tercapai.Jadi tahun silih berganti manusia pun sudah tidak yang sama lagi yg aku kenal semuanya dah berubah Alhamdulilah yg belum tu InsyaAllah Allah bagi hidayah nanti kita yg kat sekeliling lah kena doakan mereka kan ?baru betul sahabat.Nampak macam banyak je idea kan?tapi aku pun taktau apa yg aku tulis,aku takut nanti dah tulis panjang2 lepas tu aku padam macam selalu haihhh.


Rasa macam baru semalam orang cakap 1 january harinie tarikh dah 3 itu menunjukkan dunia dah tua jarak antara jari telunjuk dgn jari hantu je kiamat.Makin ramai orang kembali kepada islam lebih lebih lagi anak muda.Tapi di sebaliknya haaa nampak buruk perangai aku?bersangka buruk kat orang tak baik majid,aku tak sangka buruk tapi aku nak cerita jee.Ayat cover SubhanAllah.Aku tak faham adakah islam itu terlalu complex?atau orang yg buat ianya jadi complex.Example bila budak tu dah berniqab dia masukkan gambar dia dalam Facebook dalam twitter salah atau tidak?dari satu sudut pandangan Manusia fikir "Budak nie dah berniqab tapi upload gambar dalam media sosial apa fungsi dia berniqab tapi masih mahu menunjukkan wajahnya?"Dari satu sudut pandangan plak manusia cakap "Jangan lah terlalu sempit Pemikiran Niqab is not fard and obligatary, its Sunnah. Yang tak faham apa apa pening pening.

Second Story,Dalam social network lain dunia luar ahh ini stress habis kalau tak kenal takpe masalahnya kenal.Di bicarakan tentang agama bukan main hebat tapi sayang diri sendiri punya kesalahan orang lain tau.Okay benda nie tak elok di cerita.Aku dah boring sebenarnya dgn social network tapi dia macam hisap rokok juga Nikotin dia banyak so bg aku masa sikit sikit aku berhenti.Selamatkan diri kamu dan ahli keluargamu daripada Api neraka apa maksud di sebalik ayat nie?siapa tahu bgtau aku.

Banyak sangat lakonan dan watak yg di mainkan oleh manusia termasuklah aku,jangan risau aku tak kecuali kan diri aku.Kita masuk syurga pun bukan sebab amal kita tp sebab rahmat Allah.Otak aku kosong taktau nak tulis apa selamat Malam.