Wednesday, March 30, 2016

Ada Masa


Ada masa aku rasa macam mengalah dalam hidup, aku pun taktau kenapa.
Macam ada kurang je, tapi aku taktau apa yang kurang.
Hari hari kena buat benda sama, orang sama rasa macam di kongkong oleh masa dan manusia.

Aku tak rasa bebas, Ada masa itu lah aku rasa.

Ada masa aku rasa macam takde ruang untuk di isi, aku cuba mengubah ruang tapi ruang tu terlampau sempit untuk di ubah.Ada masa, aku dah jumpa apa yang aku cari tapi apa yang aku cari bukan milik aku rupanya.Bukan aku tak usaha, cuma masa selalu menang dengan aku.

Ada masa aku cuba lupakan, tapi manusia tak beri peluang untuk aku lupakan.
Aku rasa aku jauh tersasar daripada tujuan asal.

Ada masa aku teringat, Pencipta aku lagi percaya dekat aku daripada manusia sekeliling aku.
Ye Memang tepat sekali,sebab Pencipta aku Yakin dengan ciptaanya.
Masa Dia cipta aku, Dia cakap dengan Malaikat


"Kau tidak Tahu Apa Yang Aku Tau"

Ada masa aku kecewa sangat apa yang terjadi dekat aku, tapi aku tak salah kan siapa tapi aku kecewa
Biasalah aku pun manusia, bukan senang nak lupa semua benda.
Tapi aku tau apa yang terjadi semua peringatan ujian dan pengajaran supaya aku tak ulangi.
Terima Kasih Tuhan.

Ada Masa, aku sedar aku pun manusia aku seronok tengok bila ada seorang seorang sentiasa di sisi di saat kau suka dan duka. Tapi aku lupa Tuhan ada lebih dekat daripada urat aku dengan aku, Yea Tuhan Dia ada dengan kau saat kau gelak dan tawa. Cuma kau terlepas pandang syahdu kasih sayang dia sebab kau jarang berirama dengan Dia.

Ada Masa, manusia sering mematahkan jarang membina kerana nama mereka MANUSIA.
Ada Masa, aku rasa layak ke aku nak panggil Tuhan? Dosa aku banyak sangat malunya aku dengan Tuhan. Tapi Tuhan pernah berkata jangan sesekali berputus asa ! Teruslah meminta kerana Dia suka dan tidak akan mengecewakan.Semoga semua dosa kita di ampunkan.

Di balik rahsia semalam, ada malam yang bisu.
Malam itu, Malam 2/3 waktu meminta.
Malam itu sungguh syahdu, kerana tangisan menjadi iramanya.
Hadir Roh di Kalbunya Nur mencapai di seketul daging itu.

Di Mana Dia Nur Muhammad ? Nur Muhammad ada di setiap Salam.
Di mana Dia Ya Rahim Ya Rahman? Ianya ada di dalam tangisan.

Moga Malam itu, kau berjaya menitiskan tangisan.

Salam.

Abdul Majid Bin Seeni Abdul Kader
30/3/2016
12.36 am






No comments:

Post a Comment