Wednesday, June 13, 2012

Dua Jalan Yang berbeza?



Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka

Assalamualaikum apa khabar wanita wanita diluar sana?harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati allah.Jadi tajuk kita kali ini Dua jalan yang berbeza?Jadi apakah maksud disebalik dua jalan berbeza itu?
Yang pertama Jalan wanita Untuk Menuju Ke syurga Wanita lah paling mudah memasuki syurga dengan hanya solat 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormataan dan taat pada suami maka dia boleh masuk ke syurga melalui mana pintu yg dia suka.Tetapi berapa ramai wanita pada masa kini yang menjaga Solatnya?Berapa ramai Wanita pada kini menjaga kemaluanya?Berapa ramai wanita yang berpuasa penuh?Berapa ramai wanita yang mentaati suami nya?Wanita pada masa kini tidak lagi menjaga auratnya.Berapa ramai wanita yang berani memohon Cerai pada suaminya Wanita pada masa Kini tidak sehebat Dulu Mereka Lupa Bahawa Darjat mereka Sangat tinggi didalam ISLAM,Tetapi mereka sendiri yang merendahkan darjat mereka.Dalam Khutbah nabi yang terakhir beliau berkata :

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Sedangkan Rasulullah berpesan memberitahu begitu dalam khutbah terakhirnya Nampak betapa pentingnya wanita itu apabila Baik seorang isteri Maka keluarganya akan menjadi keluarga Sakinah sungguh bahagia.Wanita seharusnya Meninggikan martabat mereka seperti yg diletakkan oleh Islam Kerana seindah indah perhiasan dunia ini ialah Wanita solehah ! Jadi kemana hilang nya semua wanita solehah?Saya tidak mengata semua wanita mungkin ada segelintir.Imam Malik berkata untuk menjadi manusia yang hebat kita perlu Memiliki akal yang hebat tidak semestinya wanita satu akal ia nya bermakna wanita tidak boleh berfikir,Wanita seharusnya menggunakkan Satu akal itu dengan sebaik2 nya !

Jadi Wanita haruslah memikirkan Kemana jalan yang mereka harus pilih Diatas Jalan manakah mereka berada sekarang?Lihat diri anda owh tidah Lihat diri Kita tidak terlepas pandang kepada lelaki2 diluar sana Seperti saya Adakah kita berada DI jalan Menuju Ke syurga atau sebaliknya?Fikirkan renungkan Kerana Dunia ini tidak abadi dan DUNIA disana Kekal dan Abadi assalamualaikum.


p/s:Maafkan saya jika cara penulisan saya kurang baik.

No comments:

Post a Comment