Wednesday, August 3, 2011

Masalah?

Photography

Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.

Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat2 membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.

Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Masalah sentiasa akan wujud cari lah penyelesaian bukan lari dari masalah itu,kalau kau lari sejauh mana kau mampu pun belum tentu, masalah tu boleh lenyap.Jangan sudah terhantuk baru kau nak tergadah.Ambil keputusan yang tepat Tak kira lah kau lelaki ke perempuan
berusahalah cari penyelesaian.Pastikan kau tak menyesal setelah amik keputusan pastikan keputusan itu tak menyusahkan kau pada masa depan.


P/s:People that run away from problem are coward.

No comments:

Post a Comment