Thursday, December 15, 2011

Pilihan Di Tangan Anda?



PRU 13 tak lama Lagi Pilihan di tangan Anda Yang Mengundi heee=)


Allah
mengetahui akan pemimpin itu, Allah mendengar akan pemimpin itu, dan Allah melihat akan pemimpin itu, ialah dengan pengetahuan, pendengaran dan penglihatan yang sempurna. Mengetahui betul mendengar betul dan melihat betul.

Diketahui Tuhan pemimpin itu dari sejak nenek moyang, bagaiman ia dilahirkan dan dibesarkan, bagaimana bentuk dan gerak tiap bahagian badannya, berapa butir darah putih dan darah merah yang mengalir di sekujur batang tubuhnya, diketahui-Nya semua gerak-geri fikiran dan angan-angannya. Didengarnya setiap yang keluar dari mulut pemimpin itu, baik kata-kata itu diucapkan di hadapan orang banyak dengan suara lantang, atau kata-kata yang dibisikannya kepada kawan-kawannya, golongan seParti dengan dia sahaja, baik kata yang diucap dengan amat rahsia sekali, di tempat yang amat rahsia atau di saat yang sangat dirahsiakan pula. Dilihatnya setiap gerak-geri pemimpin itu di mana dan ke mana saja dia pergi atau berada.

Firman Allah swt Surah Al-Zukhruf ayat 80 yang ertinya :

Apakah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar kata-kata mereka yang dirahsiakan, atau dibisikan sesama mereka. Tidak, jangan mengira demikian. Di samping mereka semua ada petugas-petugas Kami yang selalu mencatat semua yang mereka katakan dan rahsiakan itu.




P/s:Aku tak suruh pun sokong mana mana Tapi semua dahh besarr kan ada Dip,Degree,Master,PhD So pandai 2 lah buat pilihan hehe.



No comments:

Post a Comment